Mustapha tinjau PPS di Kota Marudu, PPK dalam perancangan 

KOTA MARUDU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud, mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK Tandek pagi Sabtu, bagi meninjau keadaan mangsa banjir sekali gus menegaskan komitmen kerajaan untuk terus mengutamakan kebajikan dan keperluan mereka.

Katanya, lawatan ke PPS berkenaan merupakan yang pertama dibuka di daerah ini susulan banjir yang melanda.

“Keadaan di pusat berkenaan terkawal dan bantuan kebajikan dapat disalurkan dengan baik hasil kerjasama pelbagai agensi.

“Dari segi kebajikan, Alhamdulillah dapat dijaga, kita juga menerima sumbangan dan berterima kasih kepada semua yang prihatin kepada mangsa-mangsa dalam kawasan ini,” katanya kepada media selepas Lawatan ke PPS di SMK Tandek, di sini pada Sabtu.

Selain Kota Marudu, beliau berkata, beberapa lagi pusat pemindahan turut dibuka di daerah Pitas dan Paitan bagi menampung peningkatan jumlah mangsa akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memainkan peranan penting dalam memastikan proses penyaluran bantuan dipermudah dan diselaraskan secara efektif.

Tambahnya lagi, antara yang turut dibangkitkan ialah cadangan membangunkan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di Kota Marudu memandangkan daerah ini dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ banjir. 

“Perkara tersebut akan dibawa kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk pertimbangan lanjut di peringkat Persekutuan,” ujar beliau.

Menurut Mustapha, kewujudan PPK kekal dilihat sebagai langkah strategik bagi mempercepat proses pemindahan mangsa serta memperkemas pengurusan logistik dan sumbangan pada masa hadapan.

“Apabila di sini ada pusat pemindahan kekal, kita pertimbangkan dengan kadar segera sebab menurut Pegawai Daerah Kota Marudu ini adalah hotspot untuk mangsa-mangsa banjir.

“Jadi, kita harap PPK ini akan dapat dipercepatkan supaya kita boleh koordinasikan pemindahan  mangsa-mangsa banjir dan juga pengurusan sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PH Sabah, Zaidi Jatil berkata, pihak juga telah menyerahkan bantuan berupa makanan dan minuman untuk mangsa terjejas banjir. 

“Dalam masa yang sama di pihak kerajaan melalui NADMA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan salurkan bantuan kewangan RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR),” katanya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM