MUIP agih RM1,000 kepada guru pondok, madrasah

KUANTAN – Seramai 650 guru berkhidmat di 134 pondok dan madrasah berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan menerima bantuan khas sekali bayar RM1,000 setiap seorang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, pemberian itu melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM650,000.

Katanya, pengagihan bantuan itu bermula Khamis lalu dan dijangka selesai sepenuhnya hujung bulan ini.

“Ini kali pertama MUIP memberikan bantuan khas sebagai tanda penghargaan atas usaha murni pondok dan madrasah dalam memastikan aqidah pelajar dan umat Islam di Pahang terpelihara,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau memaklumkan selain bantuan khas ini, MUIP melaksanakan pelbagai inisiatif sokongan lain untuk pondok dan madrasah di Pahang.

Antara bantuan tersebut termasuk dermasiswa pondok, bantuan bencana, serta sokongan kepada program-program bersifat sekali bayar dan sebagainya.

Related Posts

Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

KUCHING – Beberapa mercu tanda utama di sekitar bandar raya ini bakal diterangi cahaya merah pada malam Jumaat sebagai simbolik solidariti terhadap pesakit talasemia sempena Hari Talasemia Antarabangsa. Majlis pencahayaan khas itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kompleks Pendidikan Negeri Perak siap, tingkatkan pengurusan pendidikan

IPOH – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasa kualiti pendidikan negara terus diperkukuh apabila Kompleks Pendidikan Negeri Perak yang baharu siap sepenuhnya diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekali gus menjadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

Kompleks Pendidikan Negeri Perak siap, tingkatkan pengurusan pendidikan

Kompleks Pendidikan Negeri Perak siap, tingkatkan pengurusan pendidikan

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

  • By Ynom
  • May 6, 2026
Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni