10 mangsa terperangkap banjir kilat diselamatkan

BEAUFORT – Seramai 10 mangsa terperangkap banjir kilat diselamatkan bomba dalam kejadian yang berlaku di Kampung (Kg) Bukau di sini pada malam Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohammad Hasbullah Nenggok berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 9.06 malam.

“Kesemua mangsa yang terperangkap di dalam rumah berjaya dibawa keluar daripada lokasi berkenaan oleh pasukan bomba.

“Bomba kemudian bertindak memindahkan mangsa dengan menggunakan bot ke rumah saudara mangsa yang berada di Kg Tamalang Along, di sini.

“Mangsa yang berjaya diselamatkan terdiri daripada dua lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, lima orang kanak-kanak lelaki, dan dua orang kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Hasbullah, pemantauan akan dijalankan secara berterusan di kawasan yang terjejas banjir namun kini air mulai surut.

“Banjir kilat berkenaan dipercayai berpunca daripada hujan yang berterusan sejak pukul 3 petang.

“Operasi yang ditamatkan pada pukul 10.18 malam itu berjaya dilaksanakan oleh sembilan anggota bomba bersama tiga buah jentera penyelamat,” katanya.

Related Posts

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

KUALA KRAI – Jalan Manek Urai yang menghubungkan Laluan Persekutuan FT8 ke Jambatan Manek Urai kini siap sepenuhnya dan dibuka kepada kenderaan awam. Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Kuala Krai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

BRISTOL – Sarawak melalui anak syarikat milik penuh kerajaan negeri, SMD Semiconductor, bakal meneroka kerjasama dengan rakan kongsi di United Kingdom (UK) bagi mereka bentuk sistem dan cip semikonduktor bertaraf…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Pemecatan Mubarak Dohak sah, tidak melanggar proses perlembagaan Negeri Sembilan

Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

  • By Ynom
  • May 6, 2026
Kendylife pulang Sabah bawa pameran 20 tahun perjalanan seni

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Banjir kilat landa Pos Sinderut, jejas 50 kediaman

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin