Muhasabahlah Rafizi!

MANUSIA boleh merancang namun Allah yang menentukan setiap apa yang dirancang itu terjadi atau sebaliknya.

Begitulah yang berlaku pada pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR yang menjadi milik Nurul Izzah Anwar setelah menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Kalah menang adat pertandingan, yang menang pasti menggalas tanggungjawab menggunung untuk memenuhi aspirasi parti manakala yang kalah sepatutnya berlapang dada dan menerima hakikat dirinya tidak menjadi pilihan akar umbi parti kali ini.

Apa yang penting bagi sesiapa sahaja yang berada di pihak yang kalah adalah cuba muhasabah diri dan jangan cepat menunding meletakkan faktor kekalahan kepada pihak lain.

Begitulah yang sepatutnya dilakukan oleh Rafizi yang mendakwa beliau tewas walaupun mesej beliau disambut oleh ramai penyokong “tanpa nama.”

Hakikatnya, lebih 100,000 ahli PKR telah mengambil bahagian dalam proses pemilihan digital secara sah dan telus, dan mereka telah membuat pilihan yang jelas.

Kekalahan ini bukan penolakan terhadap reformasi, tetapi penolakan terhadap pendekatan dan gaya kepimpinannya.

Usaha Ahli Parlimen Pandan itu menggambarkan kekalahan ini sebagai kelemahan sistem adalah tidak tepat.

Beliau pernah menang dalam pemilihan menggunakan sistem yang sama. Menerima sistem semasa menang tetapi mempertikaikannya semasa kalah adalah tidak berprinsip dan bersifat oportunis.

Dakwaan Rafizi bahawa sistem pengundian digital tidak telus adalah tidak bertanggungjawab dan tidak disokong oleh fakta.

Sistem telah disemak oleh pasukan teknikal bebas dan dipantau oleh wakil parti. Tiada aduan rasmi atau bukti teknikal dikemukakan semasa proses berjalan.

Malah, Rafizi turut terlibat dalam meluluskan dan mempertahankan sistem ini sebelum ini.

Membuat dakwaan hanya selepas tewas menunjukkan beliau sedang mencari alasan, bukannya membetulkan keadaan.

Walaupun Rafizi telah berkorban dan berjasa kepada PKR selama ini, tetapi ia tidak membantu beliau menang pada pemilihan partinya kali ini.

Begitu juga kerana dalam PKR ramai ahli lain juga banyak berkorban dan berjasa seperti Rafizi. Ramai yang telah dipenjarakan, diugut, kehilangan pekerjaan, dan keluarga demi perjuangan PKR. Tetapi mereka tidak pernah menggunakan pengorbanan itu sebagai modal untuk menuntut jawatan atau kuasa.

Perjuangan ini sentiasa lebih besar daripada mana-mana individu. Kepimpinan perlu diperoleh melalui kepercayaan semasa, bukan dikenang melalui jasa silam semata-mata.

Rafizi menggambarkan dirinya seolah-olah penjaga tunggal kepada agenda reformasi, dan seolah-olah parti kehilangan arah tanpanya. Ini adalah tidak adil dan menghina usaha pemimpin serta ahli parti lain yang terus bekerja di akar umbi dan dalam kerajaan setiap hari.

Kepimpinan PKR hari ini terus memperjuangkan idealisme reformasi melalui khidmat sebenar kepada rakyat bukan hanya melalui ucapan atau media sosial.

Rafizi mengatakan beliau mahu kembali ke kehidupan peribadi, tetapi kenyataannya sarat dengan sindiran terhadap kepimpinan, sistem, dan hala tuju parti.

Ini bukan kenyataan persaraan politik, ini adalah pembinaan naratif peribadi untuk membersihkan nama sendiri dan meletakkan kesalahan pada orang lain.

Jika beliau benar-benar ikhlas dalam perjuangan, beliau seharusnya menerima keputusan dengan berlapang dada dan terus menyumbang dalam bentuk lain — bukan mencetuskan perpecahan secara halus.

PKR dibina hasil perjuangan kolektif, bukan nama besar semata-mata. Reformasi tidak lahir pada tahun 2022, dan tidak berakhir pada tahun 2025.

Ia hidup dalam hati setiap ahli yang terus berkhidmat, sama ada mereka memegang jawatan atau tidak.

Rafizi memiliki hak untuk berundur namun janganlah menabur sembilu mencetus naratif yang tidak tepat merosakkan imej parti dan melemahkan semangat perjuangan.

PKR akan terus mara tanpa Rafizi jika itu takdirnya.

Related Posts

RM816 juta atas kertas, beban berat dibahu rakyat

BARU-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, dengan penuh bangga mengumumkan kerajaan negeri berjaya mencatat kutipan hasil tertinggi dalam tempoh 25 tahun. RM816 juta pada 2025,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bila Pas jadi juara moral bermusim: Hipokrasi isu penternakan babi

PAS hari ini cuba tampil sebagai jaguh agama dan ‘penjaga akidah’ apabila menyerang kerajaan Selangor kononnya gagal mengurus isu penternakan babi. Retorik ini sengaja dimainkan untuk membakar sentimen umat Islam,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam