MSSB Limbang 2024 catat 19 rekod baharu

LAWAS: Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Limbang kali ke-53 menyaksikan penyertaan 705 atlet dan 100 jurulatih.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata Kejohanan Olahraga MSSB Limbang bertujuan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.

“Saya difahamkan sebanyak 19 acara sukan berjaya pecah rekod pada kejohanan pada kali ini dan ini merupakan rekod paling tinggi berbanding tahun lepas,” ujarnya.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilaah Sarawak, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail ketika berucap pada Kejohanan Olahraga MSSB Limbang

Selain itu, kata beliau lagi, Sarawak turut memberi fokus pembangunan sukan selain pembangunan ekonomi digital.

“Oleh itu, Kerajaan Sarawak bersetuju meluluskan pembinaan institusi CENTEXS dan MRSM di Lawas,” katanya.

Beliau juga berharap pembinaan institusi CENTEXS dan MRSM di Lawas dapat melahirkan generasi muda yang berilmu.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lawas Sektor Perancangan Kadir Salleh berkata Kejohanan Olahraga MSSB Limbang bertujuan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.

“Selain itu, kejohanan ini juga memilih atlet berkemampuan bagi mewakili pasukan MSSB Limbang kejohanan Olahraga MSS Sarawak yang bertempat di Sri Aman,” kata Kadir merangkap Pengerusi Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Lawas.

Tambah Kadir, kejohanan ini juga memilih atlet berkemampuan bagi mewakili pasukan MSSB Limbang untuk kejohanan Olahraga MSS Sarawak yang diadakan di Sri Aman.

Keputusan johan keseluruhan bagi sekolah rendah dimenangi oleh MSSD Limbang manakala bagi sekolah menengah dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas.

  • Related Posts

    HTAA rawat bekas pemain hoki tular kurang siuman

    KUANTAN – Bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi yang dikatakan tidak siuman kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dekat sini, untuk tujuan rawatan. Pengarah Jabatan Kebajikan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Tengku Zafrul dipilih Presiden BAM

    TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz dipilih sebulat suara sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam mesyuarat agung tahunan ke-80 badan induk itu hari ini. Pada 25 Mac lalu,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

    PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

    Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

    Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

    Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

    Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

    POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

    POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

    Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

    Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

    Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

    Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment