MPP adakan mesyuarat penjelasan JPP pada 23 April ini – Mustapha

KOTA KINABALU – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) akan mengadakan mesyuarat untuk mendengar penjelasan Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPP) berkaitan keputusan pemilihan Ketua Cabang, Pemilihan PKR 2025 di seluruh Malaysia pada 23 April ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, jika ada calon-calon di Sabah yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan tersebut, hendaklah mereka menggunakan saluran dalaman untuk sebarang aduan.

“Diharap aduan berkaitan perlu dihantar ke JPP dengan kadar segera untuk membolehkan penilaian serta pertimbangan dapat dijalankan dalam tempoh terdekat.

“Namun, kami percaya terdapat beberapa isu yang wajar dibangkitkan dan akan menggunakan saluran serta proses parti yang sewajarnya bagi menyuarakan perkara ini.

“Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan pemilihan parti dijalankan dengan integriti dan keadilan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mustapha yang juga merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berjaya mengekalkan jawatan Ketua Cabang Kota Belud selepas mengalahkan dua pencabar.

Beliau juga Ahli Parlimen Sepanggar, memperoleh 1,405 undi mengatasi pencabarnya, Madeli@Modily Bangali dengan 100 undi dan Azhrie Jenaim 67 undi.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Mustapha turut mengucapkan penghargaan kepada semua yang menyokong termasuk jentera dan AJK parti yang berjuang bersamanya sepanjang kempen berlangsung.

“Sokongan anda semua amat saya hargai dan akan terus menjadi kekuatan saya dalam meneruskan perjuangan reformasi dan agenda perubahan berteraskan gagasan Malaysia MADANI.

“Ini merupakan satu tanggungjawab besar yang saya pikul lebih-lebih ke arah perjalanan menuju ke Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa dalam tempoh terdekat ini,” ujarnya.

Tambahnya, beliau kekal komited untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan perjuangan Keadilan di semua peringkat terutama di negeri Sabah.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

DALAM suasana politik negara yang semakin mencabar, rakyat hari ini semakin matang menilai antara perjuangan sebenar demi kestabilan negara dengan retorik politik yang hanya menanam kebencian dan perpecahan sesama umat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO