
PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2023 akan diumumkan pada Selasa, 23 Julai 2024.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta dan persendirian individu boleh mendapatkan keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai jam 11.30 pagi.
“Keputusan juga boleh diperoleh secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2023 dengan menaip STPM/No. Kad pengenalan/Angka Giliran dan hantar ke 15888.
“Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11 pagi pada 23 Julai sehingga 12 tengah hari pada 30 Julai.”
Peperiksaan STPM 2023 mencatatkan seramai 41,548 calon yang menduduki peperiksaan itu di 657 pusat peperiksaan seluruh negara. Ia turut melibatkan 16,387 petugas sepanjang peperiksaan berkenaan.