MPKS giat banteras premis warga asing di Puncak Alam

SEBANYAK 24 kompaun dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dalam Operasi Bersepadu Premis Warga Asing di sekitar Taman Industri Alam Jaya, Bandar Puncak Alam.

MPKS dalam kenyataan berkata, operasi bermula jam 9 pagi hingga 2 petang semalam itu dilaksanakan Jabatan Penguatkuasa MPKS dengan kerjasama beberapa jabatan dalaman serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Selangor.

Antara jabatan terlibat ialah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran, Jabatan Kawalan Bangunan serta Jabatan Pelesenan MPKS dengan kekuatan keseluruhan seramai 43 anggota.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 10 premis dipantau dengan lapan premis didapati beroperasi manakala 2 premis lagi tidak beroperasi ketika pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat premis menjalankan perniagaan tanpa lesen sah, mempamerkan iklan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan, tahap kebersihan premis tidak memuaskan, pembuangan sampah secara tidak teratur serta halangan di tempat awam.

“Selain itu, terdapat premis didapati membuat perubahan struktur bangunan tanpa kelulusan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, sebanyak 24 kompaun dikeluarkan melibatkan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKS) 2007, Undang-Undang Kecil Iklan (MDKS) 2007 serta Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (MDKS) 2007.

Selain itu, sebanyak 11 notis turut dikeluarkan kepada pemilik premis manakala tindakan sitaan peralatan perniagaan dilaksanakan terhadap 7 premis yang didapati beroperasi secara tidak sah.

MPKS memaklumkan pihaknya akan terus mempergiat operasi pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua premis perniagaan mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi