Inap desa jadi ‘port’ dadah, polis rampas 62kg syabu

SUNGAI PETANI – Taktik licik sebuah sindiket dadah yang menjadikan sebuah inap desa sebagai ‘port’ dadah terbongkar apabila polis merampas 62 kilogram dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM3.1 juta Selasa lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 6.30 petang di Kampung Permatang Rengan di Kota Kuala Muda di sini selepas menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun di tepi jalan kampung berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan awal polis menemui 150 gram syabu serta kunci inap desa.

“Suspek kemudian dibawa ke sebuah inap desa berhampiran sebelum pemeriksaan lanjut menemui 62 kilogram syabu yang disorokkan di bawah katil dalam bilik,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini hari ini.

Adzli berkata, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif.

“Suspek dipercayai berada di negara ini sejak dua hingga tiga tahun lalu dan bekerja di kampung, namun polis masih menyiasat dokumen kemasukannya.

“Suspek dipercayai menjadi penjaga stor inap desa itu dengan bayaran sekitar RM116 bagi setiap kilogram dadah,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Suspek kini direman tujuh hari sehingga 17 Mac di lokap Balai Polis Sungai Petani.

Tambah Adzli, susulan penahanan itu, polis turut menahan sepasang suami isteri berusia 42 dan 32 tahun yang dipercayai menyewa inap desa berkenaan.

Menurutnya, kedua-duanya ditahan di Penaga, Pulau Pinang pada jam 11 malam, Rabu lalu.

“Pasangan tersebut juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan ujian saringan air kencing negatif,” katanya.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar