MPI perkasa literasi media, buka minda pelajar hadapi landskap media baharu

KOTA KINABALU – Malaysian Press Institute (MPI) terus komited dalam memperkasa kefahaman literasi media dalam kalangan pelajar universiti menerusi forum mini kewartawanan bersama pelajar Program Komunikasi, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr Ainol Amriz Ismail berkata, selain memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara MPI dan UMS, forum itu turut memperkasa literasi kewartawanan, etika media serta kefahaman terhadap cabaran landskap media digital dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat umum.

“Pelajar perlu mengamalkan disiplin diri dalam menilai sesuatu berita dengan lebih kritikal, termasuk meneliti aspek keselamatan, kesahihan dan kesan sesuatu maklumat sebelum diterima atau disebarkan.

“Media hari ini bukan lagi media yang biasa-biasa. Ia berdepan dengan ketegangan, suasana yang berbeza dan cabaran baharu.

“Ia sekali gus menuntut pengamal media mencari solusi terbaik untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab kepada khalayak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Forum Mini Kewartawanan: Viral, Kepantasan dan Ketepatan – Cabaran Media Era Digital oleh MPI di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UMS, di sini, pada Khamis.

Jelasnya, forum berkenaan menjadi pembuka tirai (kick-off) kepada siri kerjasama MPI bagi tahun 2026 dengan UMS dipilih sebagai lokasi permulaan.

“Kita juga akan laksanakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor sebab kita ada susun program dengan pelajar juga dan kemudian kita akan bergerak ke Universiti Teknologi MARA (UiTM),” jelasnya.

Antara panel yang hadir dan berkongsi pandangan ialah Ketua Pegawai Eksekutif KupiKupiFM Sabah, Lester Calvin Miol; Ketua Pengarang Vanakkam Malaysia, M. Thiaga Rajan dan Pensyarah Kanan Program Komunikasi FSSK UMS selaku moderator, Dr Cyril Modili.

Related Posts

Polis Perak tumpaskan kegiatan edar dadah, rampasan lebih RM120,000

IPOH – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak berjaya menumpaskan satu kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai aktif hampir dua tahun selepas menahan tiga individu serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tawaran kerja sambilan palsu di media sosial, pemandu lori kerugian lebih RM80,000

KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu lori kerugian RM80,580 selepas diperdaya sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian yang menawarkan pulangan lumayan menerusi iklan di Facebook. Mangsa, lelaki berusia 35 tahun, dikatakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Perak tumpaskan kegiatan edar dadah, rampasan lebih RM120,000

Polis Perak tumpaskan kegiatan edar dadah, rampasan lebih RM120,000

Tawaran kerja sambilan palsu di media sosial, pemandu lori kerugian lebih RM80,000

Tawaran kerja sambilan palsu di media sosial, pemandu lori kerugian lebih RM80,000

Sultan Selangor ingatkan umat Islam bahaya fitnah di hujung jari

Sultan Selangor ingatkan umat Islam bahaya fitnah di hujung jari

Ops ‘Little Middle East’ tahan 30 warga asing tiada dokumen sah

Ops ‘Little Middle East’ tahan 30 warga asing tiada dokumen sah

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun