MP Kinabatangan peruntuk RM50,000 naik taraf kemudahan hospital

KINABATANGAN – Ahli Parlimen(MP) Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar, memperuntukkan sebanyak RM50,000 daripada peruntukannya sendiri sebagai langkah awal bagi menaik taraf kemudahan tertentu di Hospital Kinabatangan.

Naim berkata, peruntukan itu termasuk sumbangan dua unit televisyen untuk kegunaan pesakit yang menjalani rawatan di Pusat Hemodialisis hospital berkenaan.


“Dalam lawatan tersebut, saya dimaklumkan pihak pengurusan hospital telah mengambil langkah proaktif dengan meminjam doktor daripada institusi lain bagi membolehkan keempat-empat bilik konsultasi pesakit dibuka sepenuhnya, berbanding hanya dua bilik sebelum ini.

“Usaha ini membantu mempercepatkan aliran rawatan dan mengurangkan tempoh menunggu pesakit,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Bagaimanapun, beliau mendapati sebahagian fasiliti hospital berada dalam keadaan usang dan memerlukan penambahbaikan segera demi keselesaan serta kebajikan pesakit.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan membantu pihak hospital mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan peruntukan tambahan serta perhatian khusus untuk menaik taraf hospital berkenaan secara menyeluruh.

“Kesihatan rakyat adalah keutamaan. Saya akan terus memantau perkembangan ini agar masyarakat Kinabatangan mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap, selesa dan bermaruah,” katanya.

Lawatan kerja tersebut dibuat susulan aduan masyarakat setempat berhubung kelewatan perkhidmatan di hospital berkenaan, sekali gus mendorong beliau turun padang meninjau sendiri keadaan operasi dan fasiliti yang disediakan.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia