MP Batu Sapi mahu perkukuh infrastruktur asas sebelum pembangunan lain

SANDAKAN – Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan mahu memastikan asas pembangunan di kawasannya kukuh terlebih dahulu, dengan memberi tumpuan utama kepada infrastruktur.

Beliau berkata, keadaan infrastruktur di Batu Sapi masih belum berada pada tahap memuaskan dan perlu ditambah baik terlebih dahulu bagi memastikan rakyat menikmati kemudahan yang selesa dan menyeluruh.

“Sebelum kita berbincang mengenai pembangunan yang lebih jauh, kita perlu melihat sama ada infrastruktur di kawasan ini berada dalam keadaan baik.

“Realitinya, ia masih banyak yang perlu diperbaiki,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Destinasi Pelancongan Berasaskan Komuniti (CoBT) Kampung (kg) Bambangan, Batu Sapi, di sini pada Sabtu.

Menurut Khairul, penyelesaian isu infrastruktur akan menjadi asas kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif lain termasuk pembangunan sektor pelancongan dan pendidikan.

“Selepas kita perbaiki infrastruktur, fokus seterusnya adalah memperkasakan sektor pelancongan kerana limpahan manfaatnya cepat dan boleh dirasai secara langsung oleh masyarakat setempat,” ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa pendidikan juga menjadi antara tumpuan utama dalam usaha membangunkan masyarakat Batu Sapi secara menyeluruh.

“Dengan pendidikan dan ilmu yang baik, seseorang itu boleh mencapai kejayaan serta menyumbang kepada pembangunan komuniti,” katanya.

Khairul yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, keseimbangan antara pembangunan infrastruktur, pelancongan dan pendidikan akan menjadi asas kepada hala tuju pembangunan Parlimen Batu Sapi pada masa akan datang.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan