
MIRI – Pasukan 2U – Perkhidmatan Bergerak Pusat Servis Senadin yang diketuai oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin hari ini mengadakan sesi walkabout bertemu rakyat di medan selera dan kedai kopi di sepanjang Stesen Sentral Bas Baharu By-Pass.
Program tersebut sebagai sebahagian daripada inisiatif Lee bersama pasukannya dalam program mingguan Mobile Service 2U pada Ahad.
Sebahagian daripada mereka turut mengambil peluang untuk mendekati Lee secara peribadi untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai permohonan Kad Emas Kenyalang, serta program bantuan perubatan dan kebajikan.
Maklumat mengenai proses permohonan Kad Emas Kenyalang turut diedarkan kepada orang ramai semasa majlis tersebut.
Pasukan itu terdiri daripada ahli Jawatankuasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin dan ahli Pemuda, termasuk Kaunselor Jeffery Phang, Kaunselor Kueh Chie Tiong, dan Kapitan Chong Kee Fah.






