Misteri kehilangan ayam terjawab, jadi habuan sang batik

KUALA NERANG – Misteri kehilangan ayam sejak beberapa bulan lalu di Kampung Perik dekat sini akhirnya terjawab apabila seekor ular sawa batik berjaya ditangkap awal pagi tadi.

Menurut penduduk, Ramlah Hanafi, dia terdengar bunyi bising ayam di belakang rumahnya pada jam 1.15 pagi menyebabkan mereka sekeluarga terjaga daripada tidur.

Katanya, bimbang dengan bunyi bising itu, dia dan suaminya, Mohd Jali keluar dari untuk mencari punca bunyi bising itu.

“Semasa saya dan suami keluar dari rumah melalui pintu belakang kelihatan sesuatu yang bergerak di bawah pokok.

“Apabila kami mendekati kami dapati seekor ular sawa batik sudah menelan ayam sabung kami.

“Kami sungguh terkejut dan cuba menangkapnya tetapi bimbang dengan keselamatan, kami menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya.

Ramlah berkata, reptilia itu berjaya ditangkap pada jam 2.30 pagi selepas bertindak agresif kira-kira 40 minit.

“Sekarang barulah terjawab selepas banyak ternakan kami hilang sekian lama. Ular sawa sepanjang 6 meter itu dan berat 95 kilogram itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Sik ” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu