Misi Arsenal raih empat piala agak mustahil

LEGENDA Liverpool, Didi Hamann percaya impian Arsenal membolot empat kejuaraan pada musim ini tidak akan kesampaian, malah mendakwa Bayern Munich mampu menewaskan skuad kendalian Mikel Arteta itu jika kedua-duanya bertemu dalam peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.

Walaupun sekadar seri 1-1 menentang Brentford pada Khamis, Arsenal masih kekal memimpin takhta Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan empat mata di hadapan Manchester City.

Selain prestasi cemerlang dalam liga, The Gunners turut mempamerkan aksi meyakinkan dalam ketiga-tiga pertandingan piala domestik dan Eropah.

Kemenangan menerusi dua perlawanan timbal balik menentang Chelsea sebelum ini membolehkan Arsenal menempah slot ke final Piala Liga apabila mereka dijadual bertemu Manchester City bulan depan.

Dalam saingan Liga Juara-Juara pula, Arsenal menamatkan saingan fasa liga di kedudukan teratas dan bakal berdepan salah satu pasukan antara Borussia Dortmund, Olympiacos, Atalanta atau Bayer Leverkusen pada pusingan 16 terbaik.

Skuad Arteta juga dilihat mempunyai peluang cerah untuk mara dalam saingan Piala FA apabila dijadual melayan kunjungan kelab League One, Wigan Athletic pada pusingan keempat hujung minggu ini.

Bagaimanapun, Hamann beranggapan kelab utara London itu akan tewas dalam misi memburu ‘treble’ bersejarah tersebut, selain meramalkan Bayern bersedia membalas dendam atas kekalahan mereka kepada Arsenal pada awal musim ini jika kedua-dua pasukan bertembung di peringkat kalah mati.

“Biasanya pada masa lalu, Bayern sentiasa mengatasi Arsenal. Jadi, saya rasa itu adalah salah satu sebab mengapa Arsenal sangat terdesak untuk membuktikan bahawa tahun ini adalah tahun mereka.

“Bayern telah tercicir beberapa mata dalam dua minggu terakhir. Ketika menentang Hoffenheim, berlaku layangan kad merah awal, malah Hoffenheim terkena palang dan mempunyai tiga peluang keemasan. Mereka sepatutnya berada di depan pada separuh masa pertama.

“Jadi Bayern Munich tidak berada pada tahap terbaik seperti musim luruh lalu. Namun, jika mereka kembali menemui rentak, saya akan memihak kepada Bayern Munich untuk menang dalam perlawanan dua pusingan,” katanya.

Related Posts

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Masjid Al-Azim Debak rasmi dibuka, perkukuh pembangunan ummah setempat

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara