MHIT asas tidak ganti penjagaan kesihatan awam

KUALA LUMPUR – Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) asas yang dijangka dilaksanakan tahun depan bukan bertujuan menggantikan penjagaan kesihatan awam sedia ada.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MHIT asas adalah salah satu daripada strategi reset oleh kerajaan untuk menangani masalah tekanan kos industri kesihatan swasta.

“MHIT asas untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan perlindungan perubatan swasta dengan cara yang lebih mampu milik, mampan dan mudah difahami.

“Ingin ditegaskan bahawa pelan ini akan melengkapi dan bukan mengganti penjagaan kesihatan awam yang akan terus menyediakan akses penjagaan kesihatan sejagat untuk semua rakyat Malaysia,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau berkata demikian Ahli Parlimen PH Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berhubung matlamat utama pengenalan MHIT asas berpremium serendah RM80 sebulan dan sejauh mana pelan itu dijangka mengurangkan beban kos perubatan isi rumah berbanding insurans sedia ada.

Amir Hamzah berkata, MHIT asas menyediakan manfaat standard untuk kos rawatan penting di hospital termasuk jagaan di wad harian, kos ubat berimpak tinggi terpilih serta rawatan sebelum dan selepas kemasukan.

Menurut beliau, produk MHIT asas disasarkan kepada dua kumpulan iaitu rakyat yang belum mempunyai insurans atau takaful perubatan, tetapi mampu membiayai perlindungan penjagaan kesihatan swasta.

“Kumpulan sasar seterusnya adalah pemegang polisi MHIT yang kini sedang mencari alternatif lebih mampu milik dan dengan pelan baharu itu, mereka mempunyai pilihan alternatif yang lebih berpatutan tanpa menjejaskan perlindungan asas.

‘Selain itu, pakej manfaat dan kadar premium akan diseragamkan merentasi kesemua syarikat insurans dan takaful (ITO) yang menawarkan pelan MHIT asas,” katanya.

Sementara itu, katanya, kerajaan masih berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai kesesuaian membenarkan pencarum menggunakan dana persaraannya untuk membayar MHIT asas.

Kata beliau, KWSP ketika ini membenarkan pencarum menggunakan Akaun Sejahtera (Akaun 2) bagi mendapatkan perlindungan i-Lindung bagi penyakit kritikal.

“Kita masih berbincang dengan KWSP untuk melihat sama ada konsep yang kita ada dalam insurans asas ini boleh diterima sebagai sebahagian daripada produk yang boleh dibenarkan untuk pengeluaran.

“Kita jangka dengan pendekatan diambil dan dengan sokongan diterima semua pihak, kita akan ada sistem yang lebih baik dan menyokong sistem kesihatan dibuat kerajaan.

“Jadi insurans asas ini penting untuk memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat,” katanya

Kerajaan sebelum ini mengumumkan bakal memperkenalkan MHIT asas dengan kadar premium serendah RM80 sebulan bagi pelan standard sebagai usaha menangani kos penjagaan kesihatan swasta yang semakin meningkat.

Berdasarkan kertas putih pelan asas MHIT yang dikongsikan di laman web Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah itu ditetapkan sehingga RM120 bagi individu berusia 31 hingga 35 tahun bagi pelan standard.

Bagi individu berusia 61 hingga 65 tahun, MHIT memperkenalkan premium bulanan pelan standard berharga RM280 hingga RM350, manakala individu yang melebihi usia 75 tahun akan membayar premium bulanan bermula RM500 hinggga RM780 sebulan.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 manfaatkan lebih 230,000 penduduk

  • By Ynom
  • April 30, 2026
Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 manfaatkan lebih 230,000 penduduk

Madu kelulut pemuda Miri tembusi pasaran antarabangsa, raih pengiktirafan digital

Madu kelulut pemuda Miri tembusi pasaran antarabangsa, raih pengiktirafan digital

48 projek kesihatan Sabah digerakkan, fokus naik taraf fasiliti kritikal

48 projek kesihatan Sabah digerakkan, fokus naik taraf fasiliti kritikal