Meta mohon maaf kesilapan terjemahan ucapan Istiadat Pertabalan Agong

KUALA LUMPUR – Meta Platforms Inc (Meta) memaklumkan telah menyelesaikan kesilapan teknikal melibatkan ucapan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan ulang tahun Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.

Pengarah Dasar Awam, Asia Tenggaranya, Rafael Frankel dalam satu kenyataan hari ini berkata, insiden tersebut berlaku disebabkan terjemahan automatik daripada Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris.

Tegas beliau, pihak Meta menghormati sepenuhnya Keluarga Diraja Malaysia.

“Kami telah menyelesaikan kesilapan teknikal ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Frankel dalam masa sama turut memohon maaf kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Majlis Negeri Johor, dan pihak lain yang terkesan dengan insiden berkenaan.

Semalam RTM menjelaskan bahawa pihaknya tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris berhubung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu, seperti yang ditularkan.

Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa apa yang dipaparkan di laman Facebook Rasmi RTM adalah terjemahan automatik oleh sistem Facebook.

Related Posts

Dijangka 2.77 juta kenderaan sehari di lebuh raya utama sempena Aidilfitri – LLM

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan peningkatan jumlah trafik shingga 2.77 juta kenderaan sehari yang menggunakan lebuh raya utama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri, pada tahun ini. LLM menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masjid MADANI bakal jadi pusat komuniti setempat

KERAJAAN menyasarkan Masjid MADANI yang bakal dibina menjadi pusat komuniti setempat bagi umat Islam dan masyarakat sekitar untuk mendekati Islam. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa cadangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Jambatan Batang Rajang penghubung Tanjung Manis rasmi dibuka, pendekkan masa perjalanan 

  • By Winny
  • March 27, 2025