Mesin RVM dilaksana berfasa, DBKK perkukuh agenda kitar semula


KOTA KINABALU – Sebanyak 20 unit ‘Reverse Vending Machine’ (RVM) bagi pelupusan minyak masak terpakai akan ditempatkan secara berfasa di sekitar bandar raya ini, bermula dengan projek perintis di Pasar Besar Kota Kinabalu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Sabin Samitah berkata, inisiatif itu dilaksanakan menerusi program sinergi kitar semula Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam usaha memperkukuh pengurusan sisa secara mampan.

“Pengenalan RVM menjadi antara komponen penting dalam kerangka ekonomi kitaran yang menghimpunkan pelbagai pendekatan pengurusan sisa secara bersepadu.

“RVM ini bukan sahaja mengurangkan pencemaran sistem perparitan dan laut, malah melindungi kesihatan awam serta memperkukuh budaya pelupusan bertanggungjawab.

“Sebagai permulaan, 20 unit akan ditempatkan secara berfasa dan unit pertama ditempatkan di Pasar Besar Kota Kinabalu sebelum diperluaskan ke lokasi lain yang bersesuaian,” katanya semasa merasmikan KK Clean Day 15.0 Inisiatif Bersih dan Agendo Kitar Semula Sempena Sambutan Hari DBKK ke-25, di sini pada Sabtu.


Tambahnya, selain RVM, DBKK turut melaksanakan kempen pengasingan sisa penempatan mesin pengkomposan serta inisiatif pendidikan kitar semula bermula 2026, termasuk program anak angkat fasiliti kitar semula.

“Pelaksanaan mesin itu menyediakan kaedah pelupusan minyak masak terpakai yang lebih sistematik dan mudah diakses, sekali gus mengelakkan pembuangan terus ke dalam longkang atau sistem perparitan.

“Pengguna juga menerima insentif bayaran tunai melalui aplikasi ARUS Oil yang boleh dimuat turun secara percuma,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif My Protech Sdn Bhd, Syawan Majid, berkata pengenalan mesin berkenaan susulan cabaran kutipan minyak masak terpakai dari rumah ke rumah yang didapati kurang efisien.

“Banyak kawasan perumahan, jumlah minyak untuk kami datang kutip terlalu sedikit dan leceh untuk disimpan.

“Jadi kami sediakan satu outlet yang lebih mudah untuk pelupusan, dan dalam masa sama beri insentif kepada pengguna,” katanya

Dalam pada itu, Syawan berkata, mesin yang ditempatkan dengan kerjasama DBKK itu adalah unit ketiga selepas dua lagi dilaksanakan di Kuala Lumpur.

“Pihak kami menyasarkan untuk peluasan RVM ke seluruh Sabah termasuk kawasan luar bandar.

“Inisiatif ini bukan sahaja menyokong agenda kelestarian alam sekitar, malah berpotensi menjadi sumber pendapatan sampingan kepada masyarakat,” ujarnya.

Related Posts

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

TAWAU – Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop dicadang sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kalabakan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Timbalan Ketua UMNO Kalabakan, Aslan Fadli Samsul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

KANOWIT – Ratusan penduduk di Rumah Kulih kini mampu menghela nafas lega apabila kesukaran pergerakan harian mereka diatasi menerusi pembinaan sebuah titian besi bernilai RM150,000 yang telah siap sepenuhnya. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

PRU16: Samasuddin dicadang calon UMNO bagi kerusi Kalabakan

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Titian besi RM150,000 beri kelegaan buat penduduk Rumah Kulih

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Akta Sewa Beli dipinda, kaedah faedah lama dimansuhkan mulai 1 Jun

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Malaysia bangkit, Terengganu masih terperangkap

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Cuti raya tambahan disambut gembira: Rakyat mahu pulang kampung, rehat dan eratkan silaturahim

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat

Sabah alu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutuan bantu rakyat