Mengapa pajak helikopter daripada Weststar lebih untung daripada beli?

PEROLEHAN 28 unit helikopter daripada syarikat Weststar Aviation Sdn. Bhd. melalui kaedah pajakan aset secara penswastaan dilihat lebih menguntungkan daripada belian terutamanya dalam menjimatkan kos jangka panjang tanpa membebankan negara dengan kos penyelenggaraan dan risiko aset negara menjadi besi buruk.

Kesemua 28 buah helikopter yang membawa kontrak bernilai RM16.546 bilion bagi tempoh 15 tahun itu merangkumi pembekalan helikopter, perlindungan insurans, perkhidmatan MRO ‘maintenance’ (penyelenggaraan lengkap), ‘repair’ (pembaikan) dan ‘overhaul’ (baik pulih), alat gantian, kursus dan latihan serta penyelenggaraan luar pangkalan (base).

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin, jaminan penawaran 85 peratus kesiapsiagaan helikopter daripada Weststar Sdn. Bhd. mengukuhkan lagi alasan mengapa kaedah pajakan lebih berbaloi daripada membuat pembelian, malah selepas 15 tahun kontrak sewaan, kerajaan Malaysia juga diberi opsyen pemilikan helikopter dengan kadar nominal RM1 seunit berbanding harga asalnya yang mencecah RM30 hingga RM50 juta seunit.

Namun begitu disebabkan belum ada syarikat tempatan yang mempunyai lesen MRO AW149, syarat tambahan dikenakan di mana Weststar Sdn. Bhd. wajib bekerjasama berkongsi kepakaran bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan TUDM selain menjadikan Malaysia sebagai hab latihan helikopter Leonardo AW149 selepas Italy dan Miami.

Selain itu, pembelian helikopter baharu berisiko untuk menelan kos yang lebih tinggi dan terpaksa menunggu sehingga tiga hingga empat tahun untuk beroperasi malah kerajaan juga tidak akan menanggung risiko aset kerajaan menjadi ‘besi buruk’ sekiranya helikopter gagal beroperasi dalam tempoh sewaan.

Untuk rekod, daripada 28 unit helikopter tersebut, sebanyak 12 unit untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), tujuh unit untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), empat unit untuk Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), TDM, dua unit masing-masing untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta satu unit untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Weststar Aviation dimiliki oleh Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim yang merupakan seorang tokoh korporat Melayu Islam dan orang ke-28 terkaya Malaysia menurut Forbes 2024 malah beliau juga merupakan ahli jawatankuasa penasihat bagi Program Sarjana Sistem Aeroangkasa di Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Kenapa Weststar Sdn. Bhd. dipilih? Weststar telah beroperasi selama lebih daripada 15 tahun dalam industri penerbangan dan 28 unit helikopter dikeluarkan oleh Leonardo di mana 90 peratus tenaga mahir khususnya juruterbang dan jurutera adalah anak-anak tempatan dan 30 peratus daripadanya terdiri daripada pesara tentera, profesional yang berpengalaman.

Jika mahu dibuat perbandingan antara helikopter Leonardo AW149 dengan Eurocopter EC725, AW149 mungkin lebih sesuai jika Malaysia memerlukan helikopter yang lebih moden untuk operasi taktikal dan memaksimumkan bajet dengan kos yang lebih rendah manakala EC725 adalah pilihan lebih baik untuk operasi berskala besar, misi jarak jauh, dan sokongan logistik, tetapi ia datang dengan kos yang lebih tinggi.

Related Posts

Keyakinan rakyat meningkat, bukti kejayaan Kerajaan MADANI
  • YnomYnom
  • July 10, 2025

KOTA KINABALU – Dapatan tinjauan Ipsos (Ipsos Populism Report 2025) menunjukkan keyakinan rakyat terhadap masa depan negara meningkat. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani secara cermat

PUTRAJAYA – Pelantikan hakim mahkamah atasan di Malaysia perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan. Istana Negara dalam kenyataannya berkata, perkara itu mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

15 individu termasuk pelancong selamat, insiden perlanggaran bot di Semporna

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas