MCMC disaran selaras Kempen Internet Selamat libatkan ibu bapa, penduduk Kg Sungai Imam

TAWAU – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyarankan agar satu program Kempen Internet Selamat dilakukan bersama ibu bapa dan penduduk setempat dengan penyelarasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan anak-anak dalam talian.

Beliau berkata, perkara itu antara usaha yang boleh dilakukan bagi membincangkan isu kandungan tidak sesuai ditonton kanak-kanak khususnya dari negara jiran (Indonesia) yang semakin membimbangkan seperti yang diadukan ibu bapa.

“Kerajaan tidak bercadang menutup aplikasi TikTok dan sebelum ini kita telah memanggil pihak pengendali platform itu untuk bertemu bersama beliau, MCMC dan Jabatan Peguam Negara di Bukit Aman bagi membincangkan isu kandungan tidak sesuai.

“Saya lihat banyak kandungan yang bersifat negatif, termasuk bahasa kasar, mudah ditonton dan diulang oleh kanak-kanak kerana dianggap lucu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan penduduk kampung berikutan kerisauan terhadap platform TikTok dari Indonesia yang terlalu terbuka pada anak-anak di bawah umur pada Program Kupi-kupi bersama Menteri Komunikasi di Dewan Kampung (Kg) Sungai Imam, di sini, pada Ahad.

Justeru katanya, kementerian mahu memastikan platform media sosial akan menggunakan sistem verifikasi umum bagi mengelakkan akaun terbabit dibuka di bawah umur 13 tahun.

Menurutnya, algoritma media sosial juga menjadi kebimbangan kerana ia mendorong pengguna untuk menonton lebih banyak kandungan serupa sekali gus menyebabkan mereka meluangkan masa berlebihan di platform tersebut.

“Kerajaan memastikan capaian internet terus diperluaskan (bina menara telekomunikasi), namun pada masa sama keselamatan pengguna terutama kanak-kanak perlu dijaga.

“Justeru, Kempen Internet Selamat akan dilaksanakan bersama ibu bapa dan penduduk setempat bagi memberi penerangan tentang langkah-langkah melindungi anak-anak dalam talian,” ujarnya.

Pada program itu, antara perkara lain yang diberi penekanan termasuklah menyeru agar masyarakat tidak mendahului sebarang proses mahkamah mengenai isu Zara Qairina selain berwaspada dengan sebarang penyebaran berita palsu.

Mengenai capaian internet di Semarak dan Kg Sungai Imam, Fahmi turut mengarahkan agar MCMC mengambil tindakan segera dengan menyemak keperluan kawasan tersebut.

Related Posts

Langkah kerajaan tingkat kesejahteraan komuniti India wajar dipuji

PENDEKATAN inklusif yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat berupaya memperkasa masyarakat India secara menyeluruh, khususnya dari segi sosioekonomi. Setiausaha Pengelola PKR Selangor, Jestin Raj Savarimuthu berkata, Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

KUALA LUMPUR- Pembanterasan rasuah dan salah guna kuasa memerlukan sistem yang telus serta kepimpinan yang tegas, bukan sekadar bergantung kepada penguatkuasaan semata-mata. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Langkah kerajaan tingkat kesejahteraan komuniti India wajar dipuji

Langkah kerajaan tingkat kesejahteraan komuniti India wajar dipuji

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz