MBM mahu jadikan Miri sebagai destinasi menarik penggemar boling

MIRI : Majlis Bandaraya Miri (MBM) berhasrat untuk menjadikan Miri sebagai destinasi menarik bagi penggemar boling dari seluruh dunia, di samping mempromosikan keindahan alam dan budaya bandar kedua terbesar di Sarawak ini kepada pengunjung asing, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut merangkap Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang.

“Saya berharap MTBA boleh memaklumkan kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawan Sarawak (MYSED) untuk membantu menambah baik kemudahan dan peralatan sedia ada.

“Mesin-mesin boling hendaklah dinaik taraf mengikut keselesaan dan keseronokan pemain,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan kejohanan tersebut bertempat di Megalanes East Bowling Centre, Bintang Megamall, di sini pada Ahad.

Beliau turut memberikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada MTBA sebagai tanda sokongannya terhadap kemajuan sukan boling.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri Roley Lagir, Presiden Persatuan Tenpin Bowling Amatur Bahagian Miri, Nasiruddin Mosi dan Presiden Brunei Darulssalam Tenpin Bowling Congress (BDTBC) Dr. Sanny Mohammad.

Penganjuran Kejohanan Boling Terbuka Miri yang berlangsung pada 27 Julai dan 28 Julai lalu sempena ulang tahun Ke-3 Persatuan Tenpin Boling Amatur Bahagian Miri (MTBA) merupakan sebahagian daripada agenda Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk meningkatkan ekonomi tempatan dari segi pelancongan dan pembangunan sosial.

Seramai 105 pasukan dari Miri, Kuching, Sibu, Bintulu dan Brunei Darussalam engan menyaksikan peserta dari Miri, Abang Aqasha Abang Esmiera dinobatkan sebagai juara, diikuti peserta dari Kuching, Norhazaidi Tahir dan Norman Fadhli Abdul Rahman di tempat kedua dan ketiga.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori