Kompleks Pentadbiran Bersepadu Lawas dijangka siap Julai 2025

LAWAS – Pembinaan Kompleks Pentadbiran Bersepadu (IAC) Jabatan Kerajaan Sarawak Lawas berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Infrasturktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Aidel Lariwoo berkata, projek itu mencapai kemajuan sebanyak 52 peratus setakat 30 Julai ini dan mampu disiapkan sepenuhnya pada Julai 2025.

Ujarnya, beliau berpuas hati dengan usaha pemaju mengandakan kerja yang membawa impak positif untuk mencapai status terbaik ketika ini.

“Beberapa isu yang menyumbang kepada kelewatan projek selepas COVID-19 dahulu telah dapat diatasi dengan cekap oleh pemaju,” katanya semasa lawatan kerja ke projek IAC semalam.

Beliau berkata bangunan setinggi 15 tingkat itu bakal menempatkan 15 pejabat jabatan dan agensi kerajaan negeri yang dijangka seramai 700 orang pegawai atau kakitangan kerajaan menduduki bangunan ini.

Bangunan berkenaan akan dilengkapi kemudahan moden, kemudahan tempat letak kenderaan dan laluan jalan raya yang akan dinaik taraf.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan