MBM gempur peniaga durian tanpa lesen demi pastikan perniagaan patuhi SOP

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) melaksanakan operasi penguatkuasaan terhadap peniaga durian yang menjalankan perniagaan tanpa lesen di beberapa lokasi tumpuan di sini.

Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang berkata, tindakan tegas itu diambil bukan bertujuan menekan peniaga kecil, sebaliknya memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan dan ketenteraman awam.

“Penguatkuasaan ini penting bagi menjamin keadilan kepada peniaga berlesen selain memastikan aktiviti perniagaan berjalan teratur.

“Operasi ini juga susulan aduan orang ramai berhubung risiko keselamatan dan isu kesihatan yang timbul akibat jualan tanpa kebenaran,” katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

Menurutnya, sebelum tindakan penyitaan dibuat, MBM telah mengeluarkan 28 notis amaran dan lima kompaun sebagai langkah awal memberi peluang kepada peniaga mematuhi peraturan.

Jelas beliau, operasi yang dijalankan bermula 13 hingga 15 Januari lalu melibatkan 13 peniaga, namun hanya seorang individu tampil menuntut semula barangan sitaan selepas menjelaskan penalti.

“Barangan yang tidak dituntut akan dilupuskan secara telus beserta rakaman video sebagai bukti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adam memaklumkan MBM sedang mengenal pasti lokasi jualan baharu yang lebih sesuai untuk peniaga kecil.

Bagi peniaga berskala besar, beliau menyarankan mereka menggunakan tapak jualan di Pujut Corner yang mampu menampung 50 gerai dengan bayaran permit RM200 sebulan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli KOTA BHARU – Projek Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang dinaik taraf dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Kelantan apabila ia berfungsi sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran