MB Pahang mula tugas di pejabat baharu

MENTERI Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memulakan tugas di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), dekat Kota SAS, hari ini.

Beliau berkongsi berita itu melalui satu hantaran di Facebook.

“Hari ini saya telah memulakan tugas di PPSAS, KotaSAS, Kuantan.

“PPSAS adalah pusat pentadbiran baharu Kerajaan Negeri Pahang bagi menggantikan Wisma Sri Pahang yang telah menjangkau usia 50 tahun.

“Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat dan keberkatan agar negeri Pahang terus aman, makmur dan sejahtera,” katanya.

Kompleks itu mengaplikasikan teknologi hijau dan sistem bangunan pintar.

Pembinaan bangunan yang terbahagi kepada empat blok utama dengan kos RM415.52 juta itu diinspirasikan dari jata negeri Pahang.

Idea bagi pembinaan kompleks berkenaan adalah daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan