MB Johor beri jaminan projek pelebaran lebuh raya tak ganggu aliran trafik

JOHOR BAHRU – Kerja-kerja pelebaran lorong di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Senai Utara ke Sedenak di sini yang kini sedang giat dijalankan tidak akan menganggu aliran perjalanan trafik di kawasan terbabit,

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, projek pelebaran daripada empat lorong kepada enam lorong bagi fasa 1 yang bermula sejak Julai lalu melibatkan jarak sehingga 21.8 kilometer itu terus menitikberatkan keselamatan pengguna jalan raya termasuklah mengelakkan risiko kesesakan.

“Projek fasa 1 yang membabitkan kos sebanyak RM525 juta ini dijadualkan siap pada Jun 2027. Insya-Allah, pelaksanaan projek pelebaran ini tidak akan mengganggu aliran trafik.

“Dengan purata harian pengguna hampir 470,000, saya telah meminta pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), PLUS dan semua pihak terlibat untuk memberi keutamaan kepada pengurusan pelan trafik di kawasan pelebaran dilaksanakan,” katanya.

Terdahulu, beliau turun padang untuk meninjau tapak projek berkenaan sebelum memuat naik hantaran terbabit di Facebook rasminya.

Menurut Onn Hafiz, kerja-kerja penambahan lorong bagi Fasa 2 pula bakal melibatkan jarak sejauh 16.6 kilometer dari Sedenak ke Simpang Renggam.

“Ia akan menelan belanja sebanyak RM931 juta yang dijangka bermula pada suku pertama tahun depan sebelum siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2028.

“Saya yakin projek menaik taraf ini bukan sahaja akan meningkatkan kapasiti laluan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga akan memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyediakan perjalanan yang lebih selesa dan selamat kepada pengguna,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya yakin keseluruhan projek ini dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan melalui hasil kerjasama semua yang terlibat.

Ujarnya lagi, kerajaan negeri akan terus berusaha membawa projek yang bermanfaat khusus bagi keselamatan dan keselesaan warga Johor.

Related Posts

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

Oleh: LINA B SIBU – Pembukaan Institut Latihan Maritim TCCS Marine Sdn Bhd dan pelancaran Pusat Latihan Simulator di sini dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam memperkasakan pembangunan modal insan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

SIBU – Pembukaan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkasakan ekosistem latihan maritim negara selaras keperluan industri perkapalan yang semakin kompleks. Ketua Pengarah Jabatan Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi