Keluarga mangsa kemalangan Jalan Kampung Awat-Awat terima bantuan

LAWAS – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hasan menyerahkan sumbangan ikhlas daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam kepada keluarga mangsa kemalangan di Jalan Kampung Awat-Awat yang berlaku pada 18 Oktober lalu.

Kejadian kemalangan yang berlaku di Jalan Kampung Awat-Awat, Sundar melibatkan 10 mangsa.

Difahamkan tiga mangsa disahkan meninggal dunia akibat daripada kejadian tersebut.

Awang Tengah yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lawas turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengingatkan kejadian yang berlaku menjadi pengajaran kepada kita semua.

Tambah beliau lagi, kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam apa-apa sahaja keadaan.

Turut hadir Pengarah Northern Region Development Agency (NRDA), Datuk Ubaidillah Abdul Latip; Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok; Pegawai Operasi Bomba Daerah Lawas, Ngo Avan; Ketua Polis Daerah Lawas, Liong Tindan dan Pegawai Pendidikan Daerah Lawas, Pengiran Abdul Kadir Pengiran Budin.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik