Mayat kanak-kanak ditarik ombak ditemukan

KUALA NERUS – Pencarian Muhammad Zarif Mohd Hazahari, 4, berakhir apabila mayat kanak-kanak berkenaan ditemui jam 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mayat anak kelima daripada enam beradik itu ditemui terdampar di pantai oleh pasukan penyelamat dan penduduk kira-kira enam kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Kanak-kanak mangsa lemas telah ditemui lebih kurang 6km dari tempat kejadian,” katanya, lapor Berita Harian.

Pada jam 6 petang Jumaat lalu, Muhammad Zarif dihanyutkan ombak besar ketika berada di Pantai Sauh, Batu Rakit, di sini, bersama ibu saudara serta empat lagi kanak-kanak lain untuk bersiar-siar dan melihat ombak.

Selepas setengah jam di pantai, mangsa dikatakan ke gigi air untuk membasuh kaki tetapi tiba-tiba dia dipukul ombak besar sebelum hanyut dibawa arus.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16