5 penumpang tersepit, kemalangan bas ekspres-lori

GOMBAK – Sebuah bas ekspres membawa 42 penumpang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 5.24 pagi.

“Seramai lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 21 kilometer.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 5.51 pagi, mendapati kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan lori,” katanya, lapor Sinar Harian.

Ahmad Mukhlis berkata, terdapat lima mangsa tersepit, membabitkan empat penumpang bas dan seorang pemandu lori.

“Bas berkenaan membawa seramai 42 penumpang termasuk dua pemandu, dengan 38 penumpang berjaya keluar dalam keadaan selamat,” katanya.

Beliau berkata, empat penumpang bas tersepit, namun tiga daripada mereka berjaya dikeluarkan, manakala seorang lagi masih tersepit ketika ini.

“Pemandu lori juga sudah berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat, operasi masih diteruskan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam bas dengan menggunakan peralatan khas,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16