Mayat kakitangan Sabah Electricity ditemukan di Sungai Liau

KENINGAU – Sabah Electricity (SE) mengesahkan bahawa mayat salah seorang kakitangannya yang dihanyutkan arus deras ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di Kampung (Kg) Tuntunan, Apin-Apin ditemukan di sini pada Khamis. 

Menurut satu kenyataan media, Sabah Electricity memaklumkan, mayat Masedeh Rosmin, 35 tahun, ditemukan pada pukul 6.18 petang di Sungai Liau, Kg Laut.

“Mangsa ditemukan oleh pasukan penyelamat Team Gelen Star sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Sabah Electrricity merakamkan rasa dukacita serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan tersebut,” kata kenyataan itu.

Sabah Electricity turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak berkuasa dan pasukan penyelamat yang terlibat dalam misi pencarian, khususnya Team Gelen Star, Polis Diraja Malaysia; Jabatan Bomba dan Penyelamat; Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta anggota kerja Sabah Electricity.

Dalam insiden pada pukul 9.30 malam, 16 September lalu, mangsa bersama dua rakan sekerja melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah pencawang berhampiran jambatan gantung di kampung terbabit sebelum cuba menyeberangi sungai.

Namun, arus deras menghanyutkannya, sementara dua rakannya berusia 24 dan 38 tahun berjaya menyelamatkan diri.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi