Gissco rai 50 tahun, lancar logo korporat baharu

KUALA LUMPUR – Syarikat pembekal tenaga kerja Bumiputera pertama berlesen Petronas, Gissco Sdn Bhd hari ini melancarkan logo korporat baharu sempena ulang tahun ke-50 penubuhannya.

Pelancaran itu menandakan fasa baharu perjalanan syarikat dalam industri minyak dan gas, sementara logo baharu itu melambangkan kesinambungan dan kestabilan, simbol prestij, kejayaan serta legasi selama 50 tahun.

Pengarah Urusan Gissco, Mohd Khoirul Kamal Rashid berkata, pengenalan logo baharu itu melambangkan evolusi syarikat daripada perintis industri kepada sebuah organisasi berdaya tahan yang bersedia menghadapi cabaran masa depan.

“Jubli emas 50 tahun adalah bukti komitmen teguh serta bakat luar biasa dalam organisasi kami. Kesebelas individu ini, dan seluruh warga kerja Gissco, adalah arkitek sebenar perjalanan kami daripada status perintis kepada kepimpinan berterusan.

“Kesetiaan mereka bukan sahaja mendasari pencapaian korporat, tetapi turut menyokong ekonomi negara melalui kecemerlangan berterusan dalam sektor minyak dan gas. Sumbangan mereka adalah contoh jelas bagaimana dedikasi individu mampu memacu kejayaan organisasi dan kemakmuran negara,” katanya.

Majlis sambutan jubli emas itu turut memberi penghargaan khas kepada 11 kakitangan setia yang berkhidmat lebih 10 tahun dengan syarikat, selain menyingkap kembali perjalanan GISSCO sepanjang lima dekad dalam industri.

Syarikat yang diasaskan oleh Allahyarham Mohammad Rashid yang juga anak jati Miri, Sarawak, bermula dengan perkhidmatan katering sebelum berkembang ke bidang pembekalan tenaga kerja dan perkhidmatan khusus.

Pada 1989, Gissco memperkenalkan perkhidmatan slickline yang kini menjadi salah satu tonggak utama, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain Bumiputera terkemuka dalam industri minyak dan gas Malaysia.

Related Posts

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

PRESTASI Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan berkembang sekitar 5.3 peratus bagi suku pertama 2026 menunjukkan ekonomi negara masih berada pada landasan yang memberangsangkan. Pengarah Program MBA Putra…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan plastik dalam negara kekal stabil meskipun berdepan gangguan pengeluaran minyak dan gas global serta ketidaktentuan di Selat Hormuz. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Pegawai kanan polis direman bantu siasatan terima rasuah RM64,000

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Miri terima 120 pelancong Hong Kong dalam program pelancongan pendidikan

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital

Sekolah Agama Rintis Bangsa Johor terap pendekatan digital