Mata wang ringgit terus meningkat

PUTRAJAYA – Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lalu, diniagakan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan melepasi paras RM4.30 pada sesi pembukaan hari ini, disokong minat belian berterusan dalam jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pada jam 8.05 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2930/3030 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 pada Jumaat lepas.

Pasaran ditutup semalam sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia.

Menurut penganalisis, dolar AS terus berada di bawah tekanan berikutan permintaan rendah susulan jangkaan meningkat bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka melaksanakan penurunan kadar faedah yang ketara pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17 hingga 18 September ini.

Laporan menunjukkan Fed dijangka menurunkan kadar faedah sekurang-kurangnya 25 mata asas, dengan beberapa peniaga membuat spekulasi bahawa penurunan lebih besar sebanyak 50 mata asas juga mungkin dipertimbangkan.

“Susulan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Fed, dengan harga minyak yang stabil, ini dapat menyokong kenaikan ringgit seterusnya pada minggu ini,” katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.7781/7892 daripada 4.7664/7747 pada Jumaat lepas, rendah berbanding pound kepada 5.6706/6838 daripada 5.6439/6538, bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0510/0585 daripada 3.0570/0625 sebelum ini.

Related Posts

‎ ‎SOGSC sasar penguasaan 60 peratus kontrak OGSE Sabah, tolak amalan ‘Ali Baba’

KOTA KINABALU – Sabah Oil & Gas Services Council (SOGSC) meletakkan sasaran tinggi untuk memastikan syarikat tempatan menguasai sekurang-kurangnya 60 peratus penganugerahan kontrak dalam sektor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia berjaya stabilkan harga RON95 ketika krisis Timur Tengah – Pakar ekonomi

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya menstabilkan harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter walaupun konflik di Timur Tengah terus memberi tekanan kepada pasaran minyak mentah dunia. Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan