Loji Bio-Penapisan Minyak Mikroalga akan dibina di Bintulu

SRI AMAN – Dalam usaha menangani perubahan iklim, Sarawak bergiat melakukan penerokaan sumber tenaga hijau.

Oleh itu, loji bio-penapisan minyak mikroalga dibina di Bintulu yang bertujuan memprorses minyak daripada penanaman mikroalga.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata loji ini dapat dibangunkan apabila ladang penanaman mikroalga seluas 10,000 ekar mula beroperasi.

“Dunia kini bergiat mencari sumber tenaga alternatif dan Sarawak berpotensi membangunkan tenaga hijau disebabkan iklim yang sangat sesuai,” ujar beliau.

Kenyataan Premier Sarawak ini dibacakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, semasa Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 yang berlangsung di Kompleks Stadium Tertutup, Sri Aman pada Isnin.

Sementara itu, beliau menjelaskan kajian menunjukkan 1,000 ekar penanaman alga mampu menghasilkan 10,000 tong minyak mentah alga sehari.

Menariknya, kata beliau lagi, minyak mentah alga berpotensi dijadikan bahan api penerbangan lestari (SAF).

“Melalui pendekatan ini, saya yakin kita mampu menangani perubahan iklim yang lebih cepat,” kata beliau lagi.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis