Masjid Kolek Batu 6 ikon baharu Sungai Lembing

KUANTAN – Proses pembinaan masjid baharu di Kampung Batu 6, Jalan Sungai Lembing, dekat sini, berjalan mengikut jadual dan dijangka siap menjelang suku pertama tahun hadapan.

Masjid bernilai RM4.5 juta itu bukan sahaja bakal menjadi ikon baharu bagi penduduk sekitar pekan Sungai Lembing, bahkan ia juga menjadi simbol keunikan seni bina yang berpotensi menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar daerah ini.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, dikenali sebagai ‘Masjid Kolek’, reka bentuk masjid itu mengambil inspirasi ‘sebuah kolek dalam keadaan terbalik’ dan menawarkan keselesaan kepada jemaah serta pengunjungnya kelak.

“Sebagai rujukan, ‘kolek’ itu adalah sejenis perahu tradisional digunakan penduduk setempat sejak zaman pekan Sungai Lembing terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih timah.

“Daripada ‘kolek’ atau perahu ini, kita jadikan sumber rujukan dan inspirasi dalam pembinaan Masjid Kolek Batu 6.

“Dengan ciri binaan moden digabungkan elemen tradisional, sudah tentu keindahan reka bentuk masjid ini bakal menjadi daya penarik kepada pelancong berkunjung ke Sungai Lembing,” katanya.

Mohd Shahar menjelaskan, masjid itu bukan sekadar berperanan sebagai pusat ibadah, namun bakal diimarahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan untuk kepentingan komuniti setempat.

Secara umumnya, masjid berkenaan mampu memuatkan sehingga 600 jemaah pada satu masa dan dapat memberikan keselesaan kepada penduduk menunaikan solat Jumaat dan solat hari raya.

“Menjadi harapan utama kami untuk melihat masjid ini dapat meningkatkan lagi struktur ekonomi penduduk setempat, memeriahkan syiar Islam dan akhirnya membawa limpahan peluang perniagaan kepada peniaga di sekitar pekan Sungai Lembing menerusi kedatangan pelancong,” katanya.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam. Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy