Maritim Sandakan gagalkan cubaan seludup 78,400 batang rokok putih tidak bercukai

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 78,400 batang rokok putih tidak bercukai di perairan Sandakan, di sini pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, rampasan tersebut dilakukan menerusi operasi bersepadu OP Pluto Timur / OP Khas Cegah PATI (OCP) dan OP Tiris sekitar pukul 11.00 malam apabila sebuah vesel mencurigakan dikesan berhampiran perkampungan atas air di Tanah Merah.

“Pasukan penguat kuasa yang sedang menjalankan rondaan mengesan pergerakan mencurigakan sebuah vesel di kawasan tersebut sebelum mengarahkan ia berhenti menggunakan pembesar suara dan siren untuk pemeriksaan. 

“Bagaimanapun, menyedari kehadiran pihak berkuasa, tekong vesel bertindak memecut laju ke kawasan perairan cetek berhampiran Kampung Tanah Merah dalam usaha meloloskan diri,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, seorang individu yang dipercayai berada di dalam vesel tersebut melarikan diri sejurus vesel berkenaan ditinggalkan. 

“Walau bagaimanapun, tindakan pantas Maritim Malaysia berjaya menahan vesel yang berdaftar di bawah lesen perikanan itu kira-kira 15 minit kemudian di kedudukan 0.2 batu nautika timur Kampung Tanah Merah, Sandakan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas vesel yang dilengkapi enjin sangkut 40 kuasa kuda itu menemui 78,400 batang rokok putih tidak bercukai, dipercayai cuba diseludup dari negara jiran,” katanya.

Tambahnya, nilai keseluruhan rampasan, termasuk rokok seludup, enjin sangkut dan vesel yang digunakan dianggarkan melebihi RM63,000.

Katanya lagi, kesemua barang rampasan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan di bawah Akta Kastam 1967 kerana membawa barang larangan tanpa permit yang sah serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 kerana gagal mempamerkan lesen vesel yang sah.

Menurut Suhairy, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti pemilik bot serta dalang utama di sebalik kegiatan penyeludupan ini.

“Maritim Malaysia komited dalam usaha membanteras penyeludupan di perairan negara dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludupan di perairan negara digesa untuk menyalurkan maklumat kepada Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 bagi tindakan segera,” ujarnya.

Related Posts

Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

KUNAK – Pergerakan Beliawanis Bahagian Kunak tampil membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial susulan dakwaan memfitnah ADUN Kunak, Datuk Norazlinah Arif.  Ketuanya, Dayang Azmirah Syakinah Datu Halun berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

TAWAU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal konsisten dan komited menyantuni asnaf sebagai usaha menyemai kebahagiaan dan kegembiraan golongan itu sempena Hari Raya Aidilfitri ini.  Rina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

‘Persiapan awal Syawal berjalan lancar’

Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Fitnah ADUN Kunak, Beliawanis lapor polis

Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

  • By Fatin
  • March 22, 2025
Rina komited santuni asnaf, semai kebahagiaan menjelang Syawal

Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

  • By Fandi
  • March 22, 2025
Pokok tumbang hempap sebuah rumah akibat hujan tanpa henti

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Malaysia lebih bahagia mengatasi tahap purata global – IPSOS

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha

Jadikan pemilihan parti sebagai landasan strategik persediaan PRN – Mustapha