Frankie umum perancangan pembangunan kawasan Tanjong Papat

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung mengumumkan beberapa perancangan penting untuk pembangunan kawasan Tanjong Papat dalam masa terdekat.

Menurutnya, sekiranya peruntukan daripada kerajaan diterima pihaknya akan melaksanakan beberapa projek yang telah dirancang terutamanya dalam meningkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan tersebut.

“Antara perancangan utama adalah untuk menyelesaikan pemasangan lampu solar yang masih belum selesai.

“Kami akan menyambung projek ini di kawasan sekitar Kampung Sim-Sim.

“Selain itu, kita juga merancang untuk menambah peralatan riadah di kawasan rekreasi bagi memberikan kemudahan lebih baik kepada penduduk setempat.

“Permintaan untuk bumbung di beberapa kawasan juga semakin meningkat,” katanya semasa ditemui media selepas Majlis Penghargaan dan Makan Malam Tahun Baru 2025 di Sabah Hotel, di sini pada Jumaat.

Selain itu, beliau berharap untuk terus bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bagi merealisasikan perancangan pembangunan yang lebih efisien untuk kawasan tersebut.

“Saya sudah berbincang dengan Presiden MPS yang baharu dan kami telah mencapai persetujuan mengenai beberapa inisiatif yang perlu diberi perhatian dalam tempoh setahun ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyuarakan harapannya untuk kestabilan kerajaan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 yang dijangka berlangsung tahun ini.

“Saya berharap kerajaan yang stabil dapat terus memerintah bagi memastikan kemajuan dan perkembangan yang berterusan.

“Kestabilan dan kemajuan adalah matlamat utama.

“Saya yakin dengan kestabilan kerajaan, kita dapat mencapai lebih banyak kemajuan dalam pembangunan daerah kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan pentingnya mendapat perhatian daripada kerajaan persekutuan terutama dalam isu-isu pembangunan infrastruktur di Sandakan khususnya di terminal lapangan terbang yang kini terlalu kecil untuk menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat.

“Saya sering berulang alik ke Kota Kinabalu beberapa kali seminggu dan saya dapat melihat sendiri masalah di terminal lapangan terbang kita.

“Ini adalah isu yang perlu segera diselesaikan.

“Saya berharap dapat membawa perkara ini ke kabinet untuk mendapat penyelesaian yang lebih baik,” jelasnya.

Related Posts

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

KOTA KINABALU – Air mata, semangat dan perjuangan jadi saksi pengorbanan seorang suami, Jamri Herry, 40, apabila berusaha membawa pulang isterinya ke tanah air akibat jatuh sakit di Vietnam. Isterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Leeds hampir pasti kekal di EPL lepas tewaskan Burnley 3-1

Leeds hampir pasti kekal di EPL lepas tewaskan Burnley 3-1

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani