Maritim Malaysia tunda kapal ‘hantu’ ke Kemaman

KUANTAN – Sebuah kapal ‘hantu’ seberat 292.9 tan yang hanyut di perairan pelantar minyak di Terengganu sejak semalam, berjaya dikawal dalam operasi bersepadu dikoordinasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang.

Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan menerima laporan dari MRSC Johor pada jam 4.45 petang mengenai kapal hanyut kira-kira empat batu nautika timur pelantar berkenaan.

“Kapal hanyut itu melepasi kawasan pelantar minyak dan berisiko mengancam keselamatan pelantar lain di sekitarnya.

“Operasi itu mendapat bantuan aset udara jenis Dauphin AS 365 N3 yang membawa Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) bersama Jabatan Laut Malaysia, Malaysia Petroleum Management, Petronas dan Vestigo Petroleum Sdn Bhd, Jadestone Energy (Malaysia), Petronas Carigali Sdn Bhd serta Jasa Merin (Malaysia) Sdn Bhd,” katanya dalam satu kenyataan.

Mazlan memaklumkan, kapal itu kini dalam proses penundaan menuju ke Kemaman Supply Base (KSB) untuk tujuan penyelamatan.

Tambahnya, pasukan STAR Team berjaya merapat ke kapal pada jam 6.58 petang semalam dan memasang tali tunda ke Kapal JM Purnama milik Jasa Merin.

“Kapal itu yang dijangka tiba esok di KSB dan sebaik tiba pemeriksaan terperinci akan dilakukan termasuk siasatan identiti kapal serta aduan berhubung kemungkinan terdapat mangsa di dalamnya,” katanya.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16