Maritim Malaysia tingkat siap siaga, kendalian senjata api dan keselamatan perairan

LAHAD DATU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan anggota khususnya dalam pengendalian senjata api serta kawalan keselamatan termasuk di Zon Timur Sabah.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd khairulanuar Abd Majid@Razali berkata, penggunaan senjata api perlu diurus secara profesional dan beretika. 

“Latihan menggunakan senjata api ini amat penting supaya kesiapsiagaan anggota dalam menguruskan senjata api lebih ‘updated’ kerana ia perlu diurus sebetul-betulnya.

“Perkara ini juga memberi keyakinan kepada anggota apabila mereka menggunakan senjata api ini.

“Kita turut menjemput rakan strategik kita bersama-sama dalam ujian ini agar kita dapat mengenali antara satu sama lain,” katanya kepada media dalam Lawatan Ulung Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan Ujian Kemahiran Menembak senjata kecil di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 17 Lahad Datu. 

Mengenai tahap keselamatan di Zon Timur Sabah, beliau menyatakan bahawa situasi keselamatan perairan dan kesiapsiagaan anggota kini berada pada tahap yang tinggi.

“Lahad Datu kawasan ESSZONE dan kita (Maritim Malaysia) sentiasa beri sokongan. Apa yang kita lihat tiada lagi ‘Kidnaped For Ransom’.

“Tapi kita termasuk aset-aset juga sentiasa beri komitmen dan kesiapsiagaan tinggi,” ujarnya. 

Ujian kemahiran itu membabitkan pegawai dan anggota serta rakan strategik agensi keselamatan dari Zon Maritim Lahad Datu; Maritim Semporna; ESSCOM; PGA Batalion 17; Jabatan Laut dan pengamal media.

Seramai enam media terdiri daripada Astro Awani, Bernama, NSTP, See Hua Daily News, Sabah Headline dan The Malaysia Press menyertai ujian itu yang dimulakan dengan latihan permulaan pelarasan dan diteruskan dengan pertandingan menembak secara berkumpulan menjatuhkan plat besi.

Jurukamera Astro Awani Lahad Datu, Saiful Azizul Nashruddin berkata, ujian menembak yang melibatkan media secara tidak langsung dapat melatih kecekapan para pengamal media dalam mengendalikan senjata api.

“Ini pengalaman kali pertama saya dan apa yang saya harapkan adalah program sebegini dapat dilaksanakan lagi dengan kerana ia dapat memperkukuh kerjasama media dan pasukan badan berunifom,” kata Saiful. 

Bagi wartawan Sabah Headline, Syarmilah Salleh, sinergi antara media dan pasukan keselamatan khususnya Maritim Malaysia yang sekian lama dipupuk sememangnya memberi impak terhadap jaringan komunikasi dua hala. 

“Menerusi program-program dianjurkan, media dan maritim dapat bertukar pendapat dan maklumat. 

“Selain itu, melalui program menembak yang melibatkan media dan agensi keselamatan lain, ia dapat mendidik media bagi meningkatkan koordinasi sekiranya berlaku krisis sebenar,” katanya. 

Turut hadir Pengarah Maritim Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar Ali; Ketua Staf Bahagian Operasi Laut (ESSCOM), Laksmana Pertama Maritim Abd Razak Mohamed; Pengarah Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli; Pengarah Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar; Pengarah Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairi Hussain dan Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Siti Norhaini Osli.

Related Posts

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik