MARA bantu urus semua keperluan keluarga pelajar IKM terbabit nahas

PUTRAJAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sudah mengarahkan pihak pengurusan Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu menyediakan keperluan kepada ahli keluarga mangsa nahas di Tuaran, petang semalam.

Asyraf Wajdi berkata, beliau turut meminta Pengarah MARA Sabah membantu mempermudahkan urusan jenazah kelima-lima mangsa berkenaan.

“Takziah kepada keluarga mangsa dan didoakan kesemuanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi memaklumkan beliau menerima perkhabaran menyedihkan sebaik tiba di Sabah, semalam.

“Saya dimaklumkan Pengarah MARA Sabah bahawa kelima-lima terbunuh dalam kemalangan di Jalan Sulaman, berhampiran Pusat Latihan Rela, Tuaran, petang semalam.

“Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, semua mangsa lelaki berusia 19 hingga 20 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Difahamkan semua mangsa yang tersepit dalam kenderaan Toyota Wish, dikeluarkan oleh pasukan bomba,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mangsa nahas membabitkan Harianto Anuar, 20; Neil Stanly Pletinie, 20; Mohammad Ikhwan Kurniawan, 20; Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy, 20 manakala seorang lagi lelaki masih belum dikenal pasti identitinya.

Kesemua mereka sedang dalam perjalanan dari Sepanggar menuju ke Kota Belud sebelum kenderaan dinaiki mereka dikatakan dirempuh sebuah lori membawa muatan batu kelikir yang datang dari arah bertentangan.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16