5 kediaman musnah dalam kebakaran di Kinabatangan

KINABATANGAN – Sebanyak lima buah rumah tidak kekal, musnah dalam kebakaran di Kampung (Kg) Pengkalan Jalan Bukit Garam di sini pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Hairi Otuh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.11 pagi.

Menurutnya, sepasukan 12 anggota bomba bersama tiga buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 13 kilometer (km) dari balai.

“Kebakaran melibatkan lima buah rumah jenis tidak kekal dengan keluasan 20×30 kaki persegi yang terbakar 100 peratus.

“Turut terbakar lima buah kenderaan iaitu Proton Wira, Proton Saga, Toyota SR, Perodua Viva serta sebuah motosikal Yamaha LC.

“Dua buah kereta masing-masing jenis Wira dan Saga serta motosikal terbakar sepenuhnya, manakala Toyota SR dan Viva terbakar kira-kira 30 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media.

Jelasnya, operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 500 kaki dengan empat pancutan secara ofensif menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” ujarnya.

Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.49 pagi dan ditamatkan pada pukul 1.40 petang selepas pasukan bomba memastikan keadaan selamat dan tiada lagi risiko bahaya di lokasi kejadian.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen