MAQIS gagalkan cubaan seludup ekstrak rumpai laut RM30,000 dari China

BUTTERWORTH – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menggagalkan cubaan membawa masuk satu konsainan barang dagangan carrageenan atau ekstrak rumpai laut dari China tanpa permit import yang sah.

Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, penahanan barang dagangan itu dilakukan di pintu masuk Maqis Butterworth Wharves Cargo Terminal (BWCT), selepas pemeriksaan rutin oleh pegawai penguat kuasa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati barangan seberat 1.025 tan metrik yang dianggarkan bernilai RM30,000 itu tidak disertakan dengan dokumen import seperti yang ditetapkan.

“Perbuatan mengimport barangan tanpa permit yang sah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan, individu terlibat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 11(3) akta sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Muhammad Ikram berkata, penahanan terhadap barang dagangan tanpa permit import yang sah membuktikan ketegasan Maqis dalam memastikan setiap kemasukan barangan ke negara ini mematuhi keperluan undang-undang.

Jelasnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi syarat ini demi memastikan kawalan keselamatan dan biosekuriti negara terus terpelihara.

End.

Related Posts

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

BENTONG – Kira-kira 10,000 penerima akan mendapat manfaat daripada Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang (Edisi Pahlawan) tahun ini. Ia adalah antara usaha berterusan memastikan kebajikan golongan pejuang negara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai