Dadah untuk bekalan 3,200 penagih berjaya dirampas

ALOR SETAR – Polis berjaya menumpaskan kegiatan seorang pengedar dadah yang bergiat aktif di daerah ini sejak empat tahun lalu hasil satu serbuan di sebuah rumah di kawasan taman perumahan di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, hasil maklumat risikan yang dijalankan.

Dalam operasi itu, polis merampas 10,340 biji pil Eramin 5 dengan berat 2,846.29 gram, selain 483 gram dadah jenis ketamin dan 364.2 gram serbuk MDMA, dadah sintetik yang sering digunakan di pusat hiburan.

“Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM189,642.43.

“Dengan jumlah ini, dadah tersebut berpotensi untuk dibekalkan kepada seramai lebih kurang 3,200 orang penagih di sekitar Alor Setar,” katanya pada sidang akhbar di IPD Alor Setar pada hari ini.

Turut disita dalam serbuan itu ialah wang tunai sebanyak RM530, dipercayai hasil aktiviti pengedaran dadah.

Menurut Siti Nor Salawati, dadah tersebut berkemungkinan untuk kegunaan parti persendirian atau digunakan di pusat hiburan.

“Seperti biasa, ia dicampur dalam minuman perisa buah-buahan tertentu, dalam bentuk jus yang mana jika diuji dengan air kencing ia akan menunjukkan positif methamphetamine,” katanya lagi.

Tambahnya, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti sumber bekalan dadah yang dipercayai datang dari luar Kedah.

Siasatan mendapati pekerjaan utama suspek lelaki adalah mengedar dadah, manakala isterinya pula adalah seorang suri rumah.

“Kebiasaannya mereka menetapkan satu lokasi bagi ‘pickup’ sebelum dadah dihantar kepada pelanggan,” katanya.

Jelasnya, ujian saringan awal mendapati suspek lelaki positif methamphetamine dan ketamin, serta mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah, termasuk kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Suspek perempuan pula tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Siti Nor Salawati mengesahkan kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari, bermula 29 April hingga 5 Mei, bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta Bahagian 3 akta yang membolehkan pelucuthakan harta berkaitan aktiviti dadah.

“Kita menjalankan operasi setiap hari bagi memastikan keselamatan masyarakat, khususnya di Kota Setar,” katanya lagi.

Related Posts

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

BENTONG – Kira-kira 10,000 penerima akan mendapat manfaat daripada Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang (Edisi Pahlawan) tahun ini. Ia adalah antara usaha berterusan memastikan kebajikan golongan pejuang negara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data