‘Mantap Tawau Vlog Challenge’ promosi Tawau dari lensa kamera, cungkil kreativiti 

TAWAU – ‘Mantap Tawau Vlog Challenge’ mampu membuka ruang kepada anak muda menonjolkan kreativiti melalui penghasilan video sekali gus mempromosi Tawau sebagai destinasi pelancongan menarik di Sabah.

Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Philip Yap Wui Lip berkata, pertandingan tersebut bertujuan mengetengahkan perspektif pencipta kandungan tempatan agar lebih ramai mengenali makanan, tempat menarik serta keindahan budaya masyarakat Tawau.

“Program ini menarik penyertaan ramai anak muda dan peminat fotografi, dengan hasil karya yang unik daripada pelbagai peringkat umur. 

“Para peserta menggunakan teknologi dan kreativiti untuk memaparkan keindahan landskap, makanan, budaya serta keramahan masyarakat Tawau,” katanya dalam satu kenyataan selepas menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada pemenang di Pejabat DAP Tawau, pada Khamis. 

Pemenang Anugerah Vlog Terbaik dimenangi Tsang Li Min; Anugerah Kreativiti Terbaik, Ng Xuan Yi manakala Anugerah Sinematografi Terbaik dan Vlog Paling Popular dimenangi April Lim.

Menurut Philip yang juga Ahli Majlis Perbandaran Tawau, walaupun Tawau merupakan bandar berasaskan pertanian, daerah ini memiliki kekayaan sumber semula jadi dan budaya tempatan yang unik serta wajar diketengahkan kepada dunia.

“Kami berharap melalui pertandingan ini, lebih ramai dapat melihat keunikan Tawau. 

“Saya juga ingin menggalakkan anak muda menggunakan kreativiti dan teknologi untuk mempromosikan bandar kita kerana selagi pelancong luar datang dan ekonomi kukuh, masa depan Tawau akan terus cerah. 

“Setiap vlog merupakan cerminan Tawau itu sendiri. Pada masa hadapan, kami akan terus menganjurkan program seumpama ini agar karya visual menjadi kuasa promosi untuk Tawau,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat Tawau untuk bersama-sama mempromosikan ekonomi dan pelancongan tempatan dengan berkongsi kandungan serta kisah mereka di media sosial agar lebih ramai mengenali Tawau. 

Terdahulu, Philip turut melancarkan poster pelancongan dan makanan Tawau yang mengandungi lokasi menarik, sajian tempatan dan maklumat budaya bagi menarik pelancong untuk bermalam dan berbelanja di Tawau sebelum ke Semporna.

Related Posts

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

KUCHING – Sarawak terus komited memastikan kesejahteraan rakyat terjamin menerusi pelaksanaan dasar tenaga yang lebih efisien, khususnya bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan bahan api diesel. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

LAHAD DATU – Kerajaan Sabah akan memperhalusi pembinaan sebuah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan pelebaran jalan Tengah Nipah, di sini, bagi memenuhi keperluan dan keselesaan masyarakat setempat. Ketua Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000