Kastam Sabah rampas barangan seludup lebih RM16.6 juta di Pelabuhan Sepanggar

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas tiga jenis komoditi utama yang cuba diseludup dianggarkan bernilai keseluruhan lebih RM16.6 juta dalam tiga serbuan berasingan bagi tempoh 14 hingga 29 Mei lalu.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan/Pematuhan), Siti Mang, rampasan tersebut melibatkan tiga kes berasingan membabitkan minuman keras, ayam beku dan beras yang dikesan di Pelabuhan Sepanggar.

“Jumlah keseluruhan rampasan sebanyak RM16,668,938.04.

“Rampasan minuman keras dengan nilai RM15,843,428.04, ayam beku RM326,760.00 dan beras RM498,750.00,” katanya dalam sidang media di Pelabuhan Sepanggar, di sini pada Selasa.

Tambahnya, bagi kes pertama sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Operasi, Kota Kinabalu menjalankan pemeriksaan terhadap 33 buah kontena di Pelabuhan Sepanggar. 

“Rampasan minuman keras yang dianggarkan sebanyak 659,856 liter bernilai RM3,977,318.40 dengan duti dan cukai berjumlah RM11,866,109.64. 

“Modus operandi yang digunakan adalah mengikrarkan dagangan sebagai barangan aluminium untuk mengelak pemeriksaan.

“Kes kedua iaitu pada 16 Mei, sepasukan anggota Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Operasi, Kota Kinabalu menjalankan pemeriksaan satu buah kontena di Pelabuhan Sepanggar.

“Pemeriksaan mendapati barangan tersebut memerlukan permit import daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah mengikut Butiran 1(1), Bahagian 1, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Jumlah daging ayam beku yang dirampas dianggarkan seberat 28,008.00 kilogram (kg) dengan nilai RM233,400 dengan nduti dan cukai berjumlah RM93,360 serta Dagangan telah diikrar sebagai produk sayur beku,” katanya.

Dalam pada itu, bagi kes ketiga pada 29 Mei, pada pukul 3.50 petang satu lagi pemeriksaan dilakukan terhadap sebuah kontena yang mengandungi beras wangi dan pulut dalam guni.

“Hasil pemeriksaan barangan tersebut memerlukan permit import daripada Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras seperti termaktub di bawah Butiran 25, Bahagian 1, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Jumlah beras yang dirampas seberat 150,000 kilogram dengan nilai anggaran RM356,250 dengan duti dan cukai berjumlah RM142,500. Dagangan diikrar secara tidak benar sebagai beras hancur untuk makanan haiwan,” jelasnya.

Kesemua kes masih disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a), Akta Kastam 1967.

“Penyeludupan bukan saja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Orang ramai disarankan supaya memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan di talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855,” ujarnya.

JKDM juga turut memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat berkenaan dirahsiakan.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal