Mangsa bencana boleh daftar melalui aplikasi MyIBJKM

KUANTAN – Proses pendaftaran mangsa bencana tidak lagi dilakukan secara manual, sebaliknya mereka yang terbabit dalam bencana hanya perlu mendaftar melalui aplikasi My Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (MyIBJKM).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, aplikasi dilancarkan pada Ogos lalu itu bertujuan mempercepatkan proses pendaftaran mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Melalui aplikasi ini, mangsa hanya perlu mengimbas QR disediakan bagi membuat pendaftaran.

“Dalam aplikasi itu, semua butiran mengenai mangsa dan ahli keluarga mereka yang akan memasuki PPS perlu diisi dalam aplikasi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat Depot Simpanan Bencana Banjir Pahang di sini, hari ini.

Turut serta Pengarah JKM Pahang, Khairul Amri Ahmad.

Noraini memaklumkan, melalui aplikasi itu proses pengumpulan data bagi penyelarasan bantuan semasa dan pasca bencana dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Mengulas mengenai persiapan JKM dalam pengurusan banjir, beliau memberitahu semua bekalan makanan dan keperluan asas sudah dihantar ke pangkalan hadapan sejak bulan lalu.

“Secara umumnya, saya boleh katakan JKM sudah bersedia 100 peratus dalam menghadapi bencana banjir dan bencana lain,” katanya.

Related Posts

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau telah diberikan tanggungjawab baharu untuk mengelola dan memantau urusan FELDA dan FGV Holdings Bhd (FGV). Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan bekas wartawan FMT

PUTRAJAYA – Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan ditahan polis awal pagi tadi susulan soalan kontroversi dalam satu wacana awam, Isnin lalu. Tan, 31, yang meletak jawatan pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim