Manfaatkan peluang Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN

NEGARA perlu memanfaatkan ruang dan peluang yang ada setelah dipilih menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun depan.

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, secara tidak langsung ia membuka ruang untuk menonjolkan kekuatan yang dimiliki negara.

“Malaysia mempunyai ruang untuk menonjolkan kepimpinan bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi pembangunan sosioekonomi sebagai persediaan menjelang tahun hadapan.

“Selain daripada hubungan G2G (Kerajaan dengan Kerajaan) beliau mencadangkan juga agar kerajaan memberi pertimbangan meluaskan skop kepada P2P (Rakyat dengan Rakyat) semasa tempoh Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN bermula tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi cadangan kepada Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor turut menzahirkan ucapan penghargaan dalam kerjasama baik yang diberikan.

“Saya berterima kasih kepada menteri atas kesediaan pihak kementerian dalam mengatur perjumpaan yang merentas sektor di peringkat ASEAN yang tidak terhad kepada kerjasama ekonomi tetapi aspek seperti perubahan iklim, keterjaminan makanan, dan undang-undang.

“Sudah pasti tempoh Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN adalah peluang kepada industri pelancongan untuk menampilkan kualiti dan keunikan negara terutamanya yang bersifat pelbagai dari satu negeri ke negeri lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menzahirkan kesediaan Selangor menganjurkan satu pemukiman dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan yang memberi fokus kepada aspek utama antaranya ASEAN Business Conference ataupun Smart State Conference menerusi Selangor International Business Summit.

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Realiti ekonomi Terengganu: Angka besar belum tentu ubah nasib rakyat

POSTER propaganda yang mendakwa Terengganu kini ‘bersih, telus dan maju tanpa rasuah’ mungkin kelihatan meyakinkan di atas kertas. Angka untung ratusan juta, hutang berkurang dan pengiktirafan indeks ketelusan digunakan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang