Malaysia sudah sedia terima tetamu sempena Asean 2025

PUTRAJAYA – Malaysia sudah bersedia menerima delegasi dan tetamu antarabangsa sempena Kepengerusian Asean 2025 menjelang 1 Januari depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, semua pihak, khususnya penjawat awam menggembleng sepenuh tenaga bagi memastikan persiapan berada pada tahap terbaik.

“Saya yakin dengan komitmen diberikan semua pihak, mereka sudah ‘all out’ (beri sepenuhnya) dan kita sudah bersedia menjelang 1 Januari 2025 untuk menjadi Pengerusi Asean.

“Saya sendiri sudah mempengerusikan beberapa mesyuarat berkaitan dan ini adalah peluang yang baik kepada kita,” katanya pada sesi wawancara bersama Media Prima Berhad.

Katanya, peranan Malaysia sebagai Pengerusi Asean memberi kelebihan kepada negara, terutama dari segi ekonomi dengan tumpuan ke arah kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh baharu, pelancongan kesihatan dan pelancongan.

“Malaysia harus mengambil peluang daripada kepengerusian itu dengan sebaiknya. Kita sasarkan sekurang-kurangnya 25 juta pelancong tahun depan, juga cuba merangsang pelaburan langsung asing.

“Malah kita juga akan anjur beberapa forum perniagaan. Biasanya kalau ada persidangan Asean, mesyuarat itu memang banyak,” katanya memaklumkan Malaysia mempunyai tiga tonggak dalam menjayakan kepengerusian Asean.

Ia masing-masing diketuai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam aspek ekonomi; Kementerian Luar untuk keselamatan dan politik serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dari segi sosial.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat