Malaysia sokong rundingan Thailand-Kemboja pada 14 Jun – Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Malaysia menyokong langkah-langkah yang diambil oleh Thailand dan Kemboja dalam menangani pertikaian sempadan yang melibatkan kedua-dua negara tersebut.

Menurut beliau, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, bersedia untuk mengikuti perkembangan rundingan antara Thailand dan Kemboja yang dijadualkan berlangsung pada 14 Jun serta memberikan kerjasama yang diperlukan.

“Saya telah berbincang dengan kedua-dua Perdana Menteri (Thailand dan Kemboja) dan mereka telah mengambil beberapa langkah yang kami sokong, antaranya rundingan pada 14 Jun berkenaan pertikaian sempadan Thailand-Kemboja.

“Saya bersedia untuk mengikuti dan memberikan kerjasama yang diperlukan. Setakat ini, kedua-dua kerajaan mengambil pendekatan untuk meneruskan rundingan secara harmoni,” katanya kepada media selepas menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 15,000 jemaah di Masjid Putra, hari ini.

Terdahulu pada 28 Mei, pasukan tentera Thailand dan Kemboja terlibat dalam insiden tembakan singkat di wilayah Ubon Ratchathani (Thailand) dan wilayah Preah Vihear (Kemboja) yang mengakibatkan kematian seorang anggota tentera Kemboja.

Ekoran insiden itu, Kemboja telah menyatakan hasrat untuk membawa pertikaian tersebut ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Thailand pula dilaporkan tetap komited untuk menyelesaikan isu tersebut secara aman selaras dengan undang-undang antarabangsa serta perjanjian dan memorandum yang sedia ada antara kedua-dua negara.

Susulan ketegangan itu, kedua-dua negara jiran telah bersetuju untuk membincangkan isu tersebut melalui Suruhanjaya Sempadan Bersama (Joint Boundary Commission) yang dijadualkan berlangsung di Phnom Penh pada 14 Jun.

Rundingan ini dijangka menjadi langkah penting ke arah penyelesaian jangka panjang secara damai antara kedua-dua negara anggota ASEAN.

Related Posts

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

KUALA LUMPUR – Masyarakat dinasihatkan supaya mengamalkan prinsip tabayyun atau menyemak kesahihan maklumat sebelum berkongsi sesuatu berita bagi mengelakkan penularan maklumat palsu yang boleh menjejaskan keharmonian serta kestabilan negara. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL