Malaysia sedia kerangka sukan demi masa depan negara ‐ PM

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menyediakan kerangka baharu bagi meningkatkan prestasi sukan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, kerajaan menyiapkan inisitiatif itu bagi meningkatkan pencapaian selari dengan masa depan sukan negara.

Beliau juga berpuas penyampaian atlet negara dalam Olimpik Paris 2024 dan menyeru rakyat Malaysia menerima baik pencapaian atlet negara.

“Mereka telah berusaha dengan sebaik mungkin. Kita harus menerima baik keputusan… berhubung harapan dan masa depan mereka, kita akan menyiapkan beberapa kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan dan olahraga dalam negara.

“Kita harus tumpu ke hadapan tapi sementara itu, janganlah kita mengeluh kerana anak-anak olahragawan tersebut sudah berusaha sedaya upaya mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Malaysia menamatkan kempen Olimpik Paris dengan dua gangsa masing-masing menerusi perseorangan profesional lelaki negara Lee Zii Jia dan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam acara badminton.

Related Posts

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini sebagai peringatan penting kepada negara Islam untuk memperkukuh perpaduan serta berani menyuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan