Malaysia perkukuh usaha keselamatan siber serantau

PUTRAJAYA – Malaysia selaku Pengerusi Asean bagi 2025, mengesahkan komitmennya untuk memperkukuh integrasi serantau, memerangi ancaman siber, dan mengekalkan peraturan berasaskan multilateralisme di ruang siber, terutama apabila ancaman ini semakin bersifat rentas sempadan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, Malaysia juga akan memperhebatkan kerjasama, menyelaraskan usaha global, dan meningkatkan kolaborasi dengan rakan dialog ketika kumpulan serantau itu merangka kitaran lima tahun seterusnya bagi Strategi Kerjasama Keselamatan Siber Asean.

“Asean telah meletakkan asas kukuh dengan dua fasa Strategi Kerjasama Keselamatan Siber Asean (2017-2020 dan 2021-2025).

“Kami juga menantikan pelancaran Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Serantau Asean (CERT) yang akan memainkan peranan penting dalam memudahkan pertukaran maklumat yang tepat pada masanya dan menyelaraskan tindak balas kolektif serantau terhadap insiden siber,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW), anjuran Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) semalam.

CERT Serantau Asean bertujuan mempromosi dan memudahkan perkongsian maklumat berkaitan tindak balas insiden siber serta melengkapi usaha operasi CERT kebangsaan di setiap negara anggota, dijangka dilancarkan pada SICW minggu ini.

Related Posts

Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

KUALA LUMPUR – Sebarang perbincangan berkaitan pengiktirafan sijil pendidikan termasuk Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, serta memperkukuh bahasa Melayu dan Sejarah sebagai teras.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM sambut baik rombakan pelan antirasuah MINDEF

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik langkah Kementerian Pertahanan (MINDEF) melaksanakan rombakan pelan antirasuah secara besar-besaran sebagai usaha tegas membanteras rasuah serta kecurangan kuasa dalam sistem pertahanan negara. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

  • By Fandi
  • January 14, 2026
Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

  • By Fatin
  • January 13, 2026
Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

Bantuan Awal Persekolahan: RM6.96 juta ringankan beban ibu bapa Perlis

Bantuan Awal Persekolahan: RM6.96 juta ringankan beban ibu bapa Perlis

Polis tular tampar lelaki digantung tugas operasi

Polis tular tampar lelaki digantung tugas operasi

JKNS tangani isu menunggu lama di Klinik Mata HQE

  • By Ynom
  • January 13, 2026
JKNS tangani isu menunggu lama di Klinik Mata HQE