Malaysia perkukuh peranan diplomatik redakan ketegangan Thailand–Kemboja

MALAYSIA menegaskan komitmennya untuk membantu meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja dengan menawarkan penganjuran rundingan semula di Kuala Lumpur susulan insiden terbaharu di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, usaha diplomatik itu penting bagi memastikan gencatan senjata yang dipersetujui sebelum ini kekal terpelihara dan bersedia menganjurkan rundingan semula antara Thailand dan Kemboja susulan ketegangan terbaharu yang berlaku di sempadan kedua-dua negara itu.

Beliau berkata, usaha kembali ke meja rundingan penting untuk memastikan gencatan senjata yang dimeterai antara kedua-dua pihak sebelum ini kekal.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri yang juga Pengerusi ASEAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menetapkan tarikh sesuai untuk mengadakan rundingan semula di Kuala Lumpur.

“Kita berasa dukacita dan kesal dengan insiden yang berlaku di sempadan Thailand dan Kemboja selepas Perjanjian Damai KL, namun Malaysia sedia membantu menjadi pemudah cara bagi kedua-dua pihak mencari penyelesaian aman.

“Kemboja dan Thailand bersetuju rundingan itu diadakan di Kuala Lumpur dan kedua-dua negara juga telah menghubungi kita bagi memohon supaya usaha diplomatik diteruskan berikutan ketegangan yang berlaku.

“Saya akan berhubung dengan Perdana Menteri, mungkin malam ini atau dengan pejabat beliau untuk mendapatkan tarikh sesuai,” katanya kepada media di Seremban, pada Khamis.

Terdahulu beliau menyampaikan kit peperiksaan untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dan komputer riba untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) peringkat Parlimen Rembau, di Dewan Al-Masyur Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pagi, Senawang.

Kelmarin, media melaporkan Kerajaan Thailand mengumumkan penggantungan pelaksanaan perjanjian damai dengan Kemboja, susulan insiden letupan periuk api yang mencederakan anggota tenteranya berhampiran sempadan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pemimpin kedua-dua negara terbabit akan diminta tampil ke Kuala Lumpur bagi mengadakan perbincangan.

“Kalau sudah dapat tarikh sesuai kita boleh menjemput mereka (Thailand dan Kemboja) datang untuk berjumpa dan berbincang bagaimana cara agar gencatan senjata dapat dikekalkan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, Pasukan Pemantau ASEAN (AOT) akan terus memantau perkembangan di kawasan sempadan kedua-dua negara berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, pasukan pemantau berkenaan tidak diletakkan di kawasan berhampiran tempat kejadian.

“Pasukan ini bertindak sebagai penasihat ketenteraan dan mereka hanya memantau serta meninjau sekiranya ada apa-apa perkara dan akan melaporkan kepada pihak berkuasa kedua-dua negara.

“Namun, sekiranya berlaku sesuatu perkara seperti insiden ini, mereka akan dikerah bersama angkatan tentera Thailand dan Kemboja untuk melihat bagaimana (insiden) itu boleh berlaku.

“Thailand tuduh Kemboja dan begitu sebaliknya yang memulakan, jadi kita tidak mahu perkara itu, kita hendak gencatan senjata ini dikekalkan,” katanya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi